web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


11 Kenderaan Terlibat Kemalangan, Lebuh Raya Sesak Teruk

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2021 7:59AM

Sebanyak 11 kenderaan terlibat dalam kemalangan di Kilometer 139.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Perai, semalam. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Sebanyak 11 buah kenderaan termasuk sebuah bas ekspres terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 139.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Perai di sini semalam.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan pada kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, namun beberapa pemandu dan penumpang kenderaan yang terlibat dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Shafee Abd Samad berkata siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila bas dari arah Butterworth itu yang dalam perjalanan ke Ipoh, Perak disyaki hilang kawalan telah melanggar sebuah kereta yang berada di hadapannya sebelum melanggar sembilan lagi kenderaan yang berada di laluan sama.

Katanya siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Shafee berkata  mereka yang menjadi saksi kemalangan itu diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Insp Mohd Sufi Abdul Razak di talian 0134774542 atau 04-5382222.

Kemalangan itu telah menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang 15 kilometer lebuh raya tersebut apabila kedua-dua lorong terhalang, sebelum kesemua kenderaan yang terlibat berjaya dialihkan kira-kira pukul 5 petang.

Perkongsian pengguna media sosial menyatakan kemalangan itu turut melibatkan sebuah van polis jenis Toyota Hiace selain kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dan Honda Stream, kereta jenis Perodua Myvi dan Perodua Axia, serta beberapa kenderaan lain. - Bernama

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 3 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar