web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pekerja Maut Tikam Diri, Mayat Ditemui Berlumuran Darah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2021 9:03PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja bistro ditemui maut, selepas dipercayai menikam dirinya sendiri.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner (ACP) Beh Eng Lai berkata, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan berlumuran darah di premis tempatnya bekerja di Taman Usahawan Kepong, awal pagi tadi.

Menurut beliau, dalam kejadian kira-kira jam 3.57 pagi itu, mangsa, lelaki warga tempatan berusia 49 tahun ditemui terbaring tanpa baju di bistro terbabit oleh orang awam.

“Penelitian terhadap kamera litar tertutup (CCTV) di bistro terbabit mendapati, mangsa bersama dua lagi rakan sekerja sedang menikmati minuman keras, selepas operasi bistro ditutup pada jam 12 tengah malam.

“Pada jam 3.04 pagi, lelaki terbabit dilihat mengambil pisau di dalam premis dan menikam paha kanannya beberapa kali sebelum rebah ke lantai,” katanya kepada media.

Eng Lai berkata, mayat mangsa dirujuk ke Bahagian Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Menurut beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) berikutan tiada unsur jenayah dikesan berlaku dalam kejadian berkenaan.

“Sebarang maklumat mengenai kes terbabit boleh disalurkan ke Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-4048 2222 atau di Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999,” katanya. - Getaran, 13 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

3

Semasa 5 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

4

Semasa 6 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad