web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Buli Di Pahang, Polis Kenal pasti Pelajar Terbabit

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2021 8:33PM

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Yusri Hassan Basri 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Polis Pahang mengesahkan sudah menerima laporan membabitkan kes buli di tiga sekolah di negeri ini, awal Disember lalu. 

Difahamkan, semua kes buli itu berlaku dalam tempoh empat hari bermula 6 Disember, melibatkan sebuah sekolah berasrama di Muadzam Shah, dekat Rompin.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, buat masa ini pihaknya sedang melakukan siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan susulan laporan diterima.  

“Pelajar yang terbabit dalam kejadian buli itu sudah dikenal pasti hasil kerjasama pihak sekolah dan siasatan lanjut sedang dilakukan. 

“Soal siasat awal mendapati, mangsa menyembunyikan kejadian berkenaan dan hanya membuat laporan polis setelah pulang bercuti apabila disedari ahli keluarga mereka,” katanya di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan satu kes buli dilaporkan berlaku di sebuah sekolah berasrama di Pahang, mengakibatkan empat pelajar yang mengalami kecederaan dan trauma selepas dijadikan ‘karung tinju’ oleh sekumpulan senior. 

Kejadian itu didakwa berlaku Jumaat minggu lalu, apabila semua mangsa yang berusia 14 tahun dikurung di dalam bilik sebelum dipukul, ditumbuk, disepak serta dirotan sekumpulan pelajar tingkatan empat dan lima.

Mohd Yusri berkata, tiga laporan kes buli itu diterima daripada keluarga pelajar di asrama sekolah di Muadzam Shah, Rompin; Maran dan sebuah sekolah berasrama di Lipis.

Katanya, laporan pertama diterima pada 6 Disember lalu daripada seorang pelajar tingkatan dua di Muadzam Shah yang mendakwa dipukul senior kerana menyalahgunakan telefon bimbit. 

“Laporan kedua pula kita diterima pada 10 Disember daripada pelajar tingkatan satu sebuah sekolah di Maran yang mendakwa dipukul senior kerana dikatakan memotong barisan di dewan makan asrama, sehingga mengalami lebam pada bahagian perut.

“Pada hari sama, kita turut menerima laporan daripada pelajar tingkatan dua mendakwa dipukul sekumpulan senior ketika berada di asrama sekolahnya di Kuala Lipis,” katanya. 

Dalam pada itu beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan pihak keluarga pelajar berkenaan diminta memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak sekolah serta pihak polis.

“Polis Pahang akan bekerjasama dengan pihak pentadbiran sekolah, terutama sekolah berasrama bagi membantu pihak pentadbiran membendung gejala buli dan pergaduhan ini daripada berterusan,” katanya yang turut mengarahkan semua pegawai perhubungan sekolah (PPS) dilantik Polis Pahang terus memantau perkembangan disiplin di semua sekolah di negeri ini. - Getaran, 13 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

3

Semasa 5 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Semasa 5 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 3 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar