web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Pesakit Mental Maut Jatuh Flat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2021 3:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga emas ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah flat di Cheras, sebelum menimpa sebuah kereta di kawasan parkir kejiranan terbabit.

Dalam kejadian jam 7.22 pagi itu, mangsa yang berusia 62 tahun dan dikatakan mempunyai masalah mental, ditemui tidak sedarkan diri atas sebuah PERODUA Myvi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner (ACP) Muhammad Idzam Jaafar berkata, mangsa ditemui sepasukan polis dari Balai Polis Cheras yang bertindak atas maklumat.

“Dia dipercayai jatuh dari flat tersebut dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang ditugaskan ke tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati wanita terbabit mengalami masalah mental dan tiada unsur jenayah ditemui dalam insiden yang berlaku.

“Siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengetahui punca kematiannya,” katanya hari ini.

Muhammad Idzam berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini diminta untuk menghubungi Ketua Polis Balai Cheras, Asisten Superintendan (ASP) Mohd Redzuan Md Darus di talian 03-92050301. - Getaran, 13 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

3

Semasa 5 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

4

Semasa 6 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad