web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 Menurun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2021 2:31PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian di negara ini mencatatkan penurunan kepada 0.95, semalam.

Data terbaharu dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitternya hari ini menunjukkan sedikit perkembangan positif selepas Rt kekal berada pada bacaan 0.97 selama tiga hari berturut-turut sejak Khamis lalu.

Bagaimanapun beliau berkata, beberapa negeri merekodkan Rt yang tinggi, mengatasi nilai Rt negara.

“Semalam, Melaka mencatat tahap Rt tertinggi iaitu 1.02, diikuti Pulau Pinang dan Negeri Sembilan (1.01) dan Pahang (1.00).

“Johor, Perak dan Terengganu pula masing-masing mencatat bacaan Rt 0.99, Kuala Lumpur dan Labuan (0.98) manakala Selangor dan Kelantan (0.97),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, Kedah pula mencatatkan tahap bacaan Rt 0.94, Sabah (0.86), Putrajaya (0.83) dan Sarawak (0.72).

Jumlah kes harian baharu COVID-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan apabila sebanyak 3,490 kes dilaporkan semalam, berbanding 4,626 kes, kelmarin.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 17 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak berkenaan kepada 30,879 orang, daripada 2.68 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiga daripada 17 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Sementara itu, terdapat 58,852 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, 48,337 individu atau 82.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,606 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 4,502 kes dirawat di hospital dan 407 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 191 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 216 lagi memerlukan mesin ventilator. - Getaran, 13 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad