web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Anggap Pelajar Alami Kemurungan ‘Gila’, Kurang Iman

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2021 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebahagian besar pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 baru-baru ini meluahkan rasa tertekan selepas Kementerian Pendidikan (KPM) mengeluarkan jadual SPM pada Mac tahun depan yang dikatakan terlalu padat sehingga mengundang pelbagai reaksi di platform media sosial.

Lebih menyedihkan, banyak komen berbaur negatif diterima daripada netizen apabila golongan terbabit meluahkan perasaan akibat tekanan yang dihadapi.

Tekanan yang melibatkan kemurungan bukanlah masalah baharu dalam kalangan masyarakat Malaysia, kerana Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada 2019 mendapati, seramai 424,000 kanak-kanak dan remaja mengalami masalah kesihatan mental.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga merekodkan 1,708 kes bunuh diri sehingga Mei tahun ini dan daripada itu, 872 melibatkan remaja dalam lingkungan umur 15 hingga 18 tahun.

Pensyarah Kanan, Program Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Abdul Rashid Abdul Aziz menegaskan, pandemik COVID-19 memburukkan lagi tekanan akademik yang dihadapi oleh pelajar.

Menurut beliau, tempoh dua tahun menjalani pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara dalam talian tanpa memberi ruang pelajar kembali ke sekolah sepenuhnya untuk mengikuti kelas secara bersemuka, sedikit sebanyak menyumbang kepada tekanan itu.

“Tempoh masa yang tidak pasti untuk melalui situasi belajar dalam talian menambah lagi kerisauan dan tekanan para pelajar. Kerisauan tentang masa hadapan disebabkan kemungkinan kelewatan menamatkan pengajian turut menjadi antara faktor.

“Terdapat pelbagai faktor yang dikesan menyumbang kepada tekanan pelajar, antaranya gangguan mendapat capaian talian internet stabil, limitasi penggunaan kuota internet, kekangan kewangan bagi menyediakan peranti bersesuaian untuk PdP dan kaedah pelaksanaannya yang membebankan dan kurang menarik,” katanya kepada Getaran.

Abdul Rashid menegaskan, implikasi masalah kemurungan dari segi psikologi terhadap proses pembesaran dan perkembangan remaja ini amat parah sekiranya ia tidak ditangani sedari awal.

Dr Abdul Rashid Abdul Aziz
Dr Abdul Rashid Abdul Aziz

“Remaja yang mengalami masalah ini akan menjadi kurang fokus dalam pelajaran, sentiasa bersikap pesimis, mudah putus asa, sukar membuat keputusan serta berasa gelisah, yang akhirnya akan membawa kepada penurunan prestasi pembelajaran.

“Remaja juga akan cenderung mendiamkan diri dan mengelak dari berkomunikasi dengan ibu bapa, guru atau rakan berpotensi terdedah kepada masalah lain seperti buli, gengsterisme, gejala seksual serta pelbagai masalah sosial lain,” katanya.

Lebih parah jelasnya, apabila terdapat di kalangan pelajar yang berhadapan dengan penyalahgunaan bahan terlarang seperti merokok, minuman keras, dan dadah untuk menghilangkan tekanan dihadapi.

“Sekiranya masalah ini berlarutan dan tidak menemui jalan penyelesaian, remaja turut berkemungkinan mencederakan diri sendiri dan juga terdedah kepada cubaan membunuh diri,” ujarnya

Susulan itu, beliau menggesa agar ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam menghidu masalah tekanan yang berlaku di kalangan pelajar, bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih parah.

Menurut beliau, stigma gila, kurang iman dan tidak boleh dirawat yang sering dilemparkan masyarakat terhadap individu yang dibelenggu masalah mental perlu dihapuskan.

“Wajarlah aspek kesejahteraan mental dalam kalangan anak-anak dipandang serius oleh kita semua.

“Masyarakat perlu sedar, sesiapa sahaja boleh mengalami masalah mental tidak kira usia atau latar belakang.

“Malah, masalah mental juga bukanlah petanda kepada kelemahan diri seseorang.

“Semua pihak harus memberi sokongan dengan menghulurkan bantuan kepada pelajar yang mengalaminya. Akronim ‘LAH’ amat sinonim dengan situasi ini iaitu L merujuk kepada Listen (mendengar), A adalah Ask (bertanya) dan H pula adalah Help (membantu). Sistem sokongan ini dapat menjadi penampan kepada masalah dialami,” katanya.

Abdul Rashid juga tidak menafikan faktor kerisauan terhadap kecaman yang akan diterima mampu menjadi faktor mendorong ramai remaja mengambil langkah berdiam diri daripada meluahkan perasaan.

Menurut Abdul Rashid, hal ini kerana ejekan atau kecaman yang diterima dapat diibaratkan sebagai hukuman memalukan dan boleh membuat remaja mahupun pelajar berasa tidak berharga seta serba kekurangan.

“Setiap remaja adalah unik, maka individu sekeliling sewajarnya lebih bersikap terbuka dengan pendapat mahupun luahan yang dilontarkan.

“Masyarakat, khasnya ibu bapa dan guru sepatutnya menggantikan ‘hukuman’ ini dengan pengukuhan positif kerana akan membuatkan remaja lebih didengari dan dihargai, seterusnya dapat mengurangkan tekanan dialami oleh mereka,” katanya. - Getaran, 13 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

3

Refleksi 1 tahun yang lalu

9 Amalan Mudah Untuk Kehidupan Lebih Sejahtera

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Dr Wan Azizah, Rose Blackpink Bincang Isu Kesihatan Mental Di APEC

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 2 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad