web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pindaan Akta 342: Syarikat Langgar SOP Boleh Dikompaun Hingga RM1 Juta - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2021 7:48AM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat, kilang dan agensi kerajaan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) kawalan wabak COVID-19 boleh dikompaun hingga RM1 juta selepas pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata itu antara inti pati pindaan Akta 342 yang akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat Khamis depan.

Beliau berkata pindaan peningkatan kompaun itu juga berdasarkan penilaian, contohnya jika kesalahan berulang jumlahnya akan menjadi tinggi.

“Peraturan semasa hanya menetapkan jumlah maksimum sebanyak RM50,000 untuk syarikat dan kilang-kilang.

“Untuk individu jumlah maksimum kompaun akan kekal sebanyak RM10,000 tetapi berdasarkan situasi sekarang yang melibatkan pelaksanaan kuarantin di rumah dan sebagainya, pindaan itu juga akan menyentuh perkara seperti pemasangan peranti pengawasan,” katanya dalam program Bicara Naratif Khas: Menilai Ketegasan Kementerian Kesihatan (KKM) terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.

Khairy berkata pindaan itu juga amat penting dari segi penguatkuasaan kerana perkara itu akan melibatkan penurunan kuasa yang akan membenarkan bukan sahaja penguatkuasaan boleh dijalankan oleh pegawai penguat kuasa KKM tetapi juga oleh pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan.

Beliau berkata pindaan akta itu akan melibatkan garis panduan yang jelas supaya tidak ada isu penyalahgunaan kuasa selain memberi penekanan bahawa perkara itu adalah bertujuan untuk ‘future proofing’ bagi memastikan perubahan tingkah laku dalam kalangan masyarakat.

Katanya pindaan itu juga bagi memperhalusi pelaksanaan kawalan penyakit berjangkit supaya lebih efektif dan efisien.

Khairy menegaskan pihak KKM sentiasa komited dan mengambil pendirian yang tegas untuk memastikan keselamatan semua dalam usaha untuk mengawal pandemik COVID-19 dan turut mengingatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

4

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad