web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PDRM Lanjut Tawaran Diskaun Bayar Saman Hingga 31 Disember Ini - KPN

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2021 5:20PM

Acryl Sani (tengah) hadir bagi meninjau Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia ketika di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melanjutkan tempoh tawaran diskaun pembayaran saman sehingga 31 Disember ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata ini kerana PDRM menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai terhadap tawaran diskaun saman berkenaan.

Beliau berkata kaunter-kaunter trafik di seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri turut dibuka secara serentak dengan tawaran diskaun saman yang sama.

"Sebelum ini, kaunter trafik PDRM di KLCC (Pusat Konvensyen Kuala Lumpur) terpaksa ditutup kerana kepadatan orang awam bayar saman.

“Perkara ini memberi cabaran besar kepada PDRM untuk mengawal selia orang ramai dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk memastikan penjarakan fizikal pengunjung dipatuhi,” katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan mesra di gerai-gerai pameran kementerian dan agensi sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di KLCC, d sini. 

Acryl Sani berkata pelanjutan tawaran berkenaan adalah untuk memberi masa supaya orang ramai tidak bersesak di kaunter-kaunter trafik seluruh negara.

Beliau berkata PDRM menerima laporan bahawa aplikasi bayar saman mengalami kesesakan capaian sehingga ia tidak dapat diakses oleh orang ramai.

“Oleh yang demikian, saya akan mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman (Datuk Mat Kasim Karim) untuk mempertimbangkan dengan menambah bilangan kaunter setiap IPD (Ibu pejabat Polis Daerah)dan IPK (Ibu pejabat Polis Kontinjen) seluruh negara.

“Saya akan melihat kemungkinan di daerah-daerah berkenaan jika berlaku kesesakan orang ramai untuk menambah bilangan kaunter,” katanya.

Selain itu, Acryl Sani mendedahkan hampir 2.3 juta saman trafik di seluruh negara diselesaikan dengan jumlah kutipan saman sebanyak RM109 juta setakat 12 tengah hari tadi.

Pada Jumaat lepas, kaunter bayaran saman di KLCC terpaksa ditutup serta-merta kerana sesak berikutan kehadiran ramai orang yang ingin membayar saman.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Hazani Ghazali Bukit Aman serta Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

3

Semasa 5 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

4

Semasa 6 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 2 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad