Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lantik Orang Luar, Bekas Tentera Sebagai Warden Bendung Buli

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2021 6:47PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejadian buli di asrama bukan isu baharu, sebaliknya sudah menjadi topik diperkatakan masyarakat sejak puluhan tahun lalu dan sering menjadi tajuk utama berita.

Lebih mengejutkan apabila buli bukan sahaja berlaku di asrama harian dan berprestij, tetapi turut dilaporkan wujud di sekolah agama berasrama.

Namun, isu terbabit bagai tiada penghujungnya walaupun kesan dialami mangsa bukan setakat kesakitan fizikal, malah ada antara mereka berdepan tekanan emosi, trauma dan kematian.

Apa sering dilakukan masyarakat dan pihak tertentu apabila berlaku kes buli di mana-mana sekolah berasrama adalah menuding jari menyalahkan pihak pengurusan institusi pendidikan itu, terutama warden kononnya tidak peka serta culas dalam menjalankan tanggungjawab sehingga berlaku kejadian berkenaan.

Perkara itu turut diperkatakan seorang guru dan pempengaruh media sosial dengan 512,000 pengikut di Facebook, yang sering mengetengahkan topik serta memperjuangkan isu pendidikan, Mohd Fadli Salleh.

Katanya, apabila isu buli di asrama timbul, ada pihak akan mempersoalkan, di manakah keberadaan warden sehingga pelajar berani melakukan tindakan terbabit.

“Mana warden? Warden buat apa? Warden tak bertanggungjawab. Sepatutnya warden sentiasa pantau”.

“Tahukah kalian, majoriti warden asrama adalah paksa rela?,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Hantaran dimuatnaik pagi tadi itu menerima 10,200 tanda suka dan ribuan komen serta perkongsian setakat ini.

Mohd Fadli berkata, tugas warden amat berat, walaupun elaun diterima mereka sekadar RM240 sebulan dan langsung tidak berbaloi dengan bebanan tanggungjawab dipikul.

Tugasan itu, katanya, termasuk menghadiri aktiviti asrama, meninjau kawasan asrama pada masa lapang, memantau pelajar dan memastikan situasi semasa berada dalam keadaan terkawal.

Jelasnya, tuntutan tugas berat itu menyebabkan kebebasan warden, seperti meluangkan masa bersama keluarga pada hujung minggu sangat terhad selagi pelajar berada di asrama.

Tanggungjawab warden juga, katanya, memerlukan mereka memastikan keadaan pelajar sentiasa baik pada setiap masa, malah warden perlu menghantar pelajar terbabit mendapatkan rawatan, jika pintu rumah mereka diketuk pada jam tiga atau empat pagi kerana ada pelajar sakit.

Mohd Fadli Salleh
Mohd Fadli Salleh

“Ada pelajar sakit kena hantar hospital, ada yang mengadu kena buli ke apa, bunyi bising hingga terpaksa bangun ronda dan macam-macam lagi tugasan.

“Pelajar nakal ini, mereka tak buat jahat depan warden. Dan warden tak boleh ada 24 jam sehari bersama mereka. Takkan warden nak tidur dalam dorm pelajar? Anak bini kat rumah bagaimana?,” katanya.

Menurut Mohd Fadli, selain tugasan berkenaan, warden juga adalah seorang guru yang perlu melaksanakan tanggungjawab hakiki mengajar di sekolah dari pagi hingga petang.

Selesai mengajar, katanya, mereka akan meneruskan tugasan sebagai warden yang pastinya sangat memenatkan, tambahan dengan bayaran cuma RM240 sebulan.

Justeru beliau mencadangkan, sudah tiba masa jawatan warden di asrama diberikan kepada pihak luar bukan guru menerusi perjawatan khas yang menumpukan kepada tugasan sebagai warden sepenuhnya.

“Kalau boleh ambil dalam kalangan askar bersara ke, bekas polis ke, bekas komando ke lagi bagus, baru disiplin pelajar makin tinggi dan mereka pun tak berani main-main.

“Guru ini nak rotan murid tak boleh, nak tengking tak boleh, nak marah-marah pun tak boleh.

“Kemudian bila berlaku kes buli nak tunding jari pada warden. Tak kena begitu,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Fadli berkata, kes buli di asrama perlu dihapuskan sepenuhnya daripada budaya di negara ini dan tidak boleh dibiarkan berleluasa.

“Banyak kes buli tak tersebar yang warden dan pihak sekolah pun tak tahu. Yang mana pelajar hanya simpan dalam diam kes mereka dibuli sebab takut, diugut dan seumpamanya.

“Bahkan sampai ke kolej, pusat matrik, universiti budaya buli ini masih ada.

“Paling sedih, ada seorang kawan aku sampai pekak sebelah telinga akibat dibuli,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, netizen bersetuju dengan cadangan dikemukakan beliau, malah ada yang berkongsi kejadian buli menimpa anak, keluarga dan kenalan masing-masing.

“Ye betul. Memang kena ada full time warden (warden sepenuh masa). Warden yang boleh meronda setiap masa supaya asrama ini jadi tempat selamat,” kata seorang pelayar.

“Bila jadi (buli), viral, buka mata, lepas itu senyap balik,” kata seorang individu.

“Saya pernah jadi mangsa buli. Kesannya cukup teruk pada emosi. Mohon hentikan buli,” kata individu lain. - Getaran, 11 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Ibu Kepada Remaja Ditemukan Lemah Di Masjid Buat Laporan Polis

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Polis Tahan Dua Pelajar Buli Rakan

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kes Buli MCKK Sedang Disiasat, Polis Sudah Terima Laporan Pada September - Polis

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Siasatan Kes Buli Pelatih TUDM Kuantan Kini Di Peringkat Akhir 

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 18 jam yang lalu

Piala Thomas: China Kecewakan Indonesia, Rangkul Juara Kali Ke-11

Semasa 1 hari yang lalu

Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia, Majlis Ulama Asia Pada 7, 8 Mei 

Semasa 12 jam yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

oleh Sophia Ahmad