web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SOP Sambutan Thaipusam Diumumkan Dalam Masa Terdekat - Saravanan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2021 3:23PM

Prosedur operasi standard perarakan kavadi dan pedati tahun ini akan diumumkan dalam tempoh terdekat. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Prosedur operasi standard (SOP) Hari Thaipusam termasuk bagi perarakan kavadi dan pedati, akan diumumkan oleh Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique dalam tempoh terdekat.

“Semalam, Halimah telah mengadakan perjumpaan dengan wakil pemimpin agama Hindu dan kuil selepas Mesyuarat Jemaah Menteri, dan pelbagai perkara telah dibincangkan,” kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan kepada pemberita, selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC di Wisma MCA di sini, hari ini.

Sementara itu, Saravanan berkata semalam beliau sendiri telah bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang pada dasarnya positif tentang perarakan tersebut.

Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC berkata satu mesyuarat akan diadakan pada Selasa depan, bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan sambutan perayaan itu.

Pada 7 Disember, Halimah dalam Dewan Rakyat memberitahu semua perarakan perayaan, termasuk perarakan kavadi bagi Thaipusam dan chingay sempena Tahun Baharu Cina, tidak dibenarkan berikutan negara sedang berdepan jangkitan varian baharu COVID-19, Omicron ketika ini.

Namun, selepas menerima kritikan pelbagai pihak, Kementerian Perpaduan telah membuat kenyataan bahawa SOP COVID-19 untuk sambutan Thaipusam belum dimuktamadkan.

Dalam perkembangan lain, ketika berucap pada mesyuarat perwakilan sayap MIC itu, Saravanan meminta perwakilan agar mengubah cara pemikiran dalam mengemudi parti seiring dengan persediaan menghadapi Revolusi Perindustrian (IR) 4.0.

Beliau berkata MIC tidak boleh lagi dilihat sebagai parti yang memberikan sumbangan percuma, malah ia perlu menjadi parti yang mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada kaum India.

“Dalam 10 tahun akan datang, dunia berdepan dengan IR4.0 di mana banyak pekerjaan akan hilang. Oleh itu, kita perlu bersedia menghadapi perubahan dan cabaran tersebut,” katanya.

Beliau turut meminta masyarakat India di negara ini agar turut mengubah cara pemikiran, supaya terus berjaya dan mengharungi cabaran IR4.0, sekali gus tidak hanya mempersalahkan parti politik.

Seramai 1,500 perwakilan daripada sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri telah menghadiri Mesyuarat Perwakilan Sayap berkenaan sementara Perhimpunan Agung Tahunan parti itu akan diadakan esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Palanivel Meninggal Dunia

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

3

Politik 2 tahun yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad