web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Kampung Baru, Pemaju Flat PKNS Perkenal Pakej Harmoni

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2021 8:28PM

Abdul Hadi memberi taklimat tentang Pakej Harmoni. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemaju Flat PKNS Kampung Sungai Baru memperkenalkan Pakej Harmoni, melibatkan sebuah kediaman berkeluasan 900 kaki persegi, dengan bayaran separuh daripada jumlah pampasan diterima penduduk flat terbabit.

Pengarah Perhubungan Awam Ritzy Gloss Sdn Bhd, Abdul Hadi Ahmad, berkata tawaran itu diwujudkan selepas mengambil kira keluhan kira-kira 15 peratus penduduk flat terbabit yang runsing akan nasib mereka jika terpaksa berpindah.

Menurutnya, kediaman berharga RM300,000 itu adalah antara fasa pembangunan yang dirancang pihaknya di kawasan Sungai Baru.

“Berdasarkan keluh kesah penduduk di Flat PKNS Sungai Baru yang kami dapat, mereka runsing akan nasib sekeluarga apabila terpaksa berpindah keluar.

“Justeru, kami bersetuju menawarkan pakej ini kepada mereka bagi memastikan kelangsungan hidup mereka dapat diteruskan dan terbela,” katanya pada sesi taklimat berkaitan isu pembangunan di Kampung Sungai Baru hari ini.

Kediaman terbabit dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air serta satu petak tempat letak kereta yang akan dibina dalam kawasan Projek Pembangunan Semula berkenaan.

Abdul Hadi berkata, berdasarkan penilaian yang diputuskan, pemilik rumah flat terbabit akan menerima pampasan bermula daripada RM207,000 sehingga RM320,000 mengikut keluasan kediaman masing-masing.

“Jadi jika mereka mahu mengikuti tawaran Pakej Harmoni ini, mereka cuma perlu membayar separuh daripada jumlah pampasan yang diperoleh untuk memiliki kediaman ditawarkan.

“Sebagai contoh, jika mereka mendapat pampasan sebanyak RM250,000, separuh daripadanya iaitu RM125,000 akan kami ambil sebagai bayaran untuk rumah yang ditawarkan,” katanya.

Beliau juga berharap isu yang timbul ini dapat diselesaikan secara berhemah sekali gus dapat mempercepatkan lagi proses pembinaan projek ini.

Difahamkan, setakat ini 78 peratus daripada penduduk flat terbabit sudah pun bersetuju untuk pembangunan berkenaan, malah ada sebahagian penghuni sudah mengosongkan kediaman untuk memberi laluan kerja-kerja pembangunan dijalankan. - Getaran, 10 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Usaha Berkaitan Kampung Baru Perlu Ambil Kira Kepentingan Melayu - Sultan Sharafuddin

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Fasiliti, Utiliti Kampung Baru Perlu Dinaik Taraf - CEO PKB

4

3 tahun yang lalu

Pembangunan Kampung Baru: Setiap Langkah Berlandaskan Prinsip Jaga Kepentingan Melayu

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad