web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Import Ayam Beku Bersifat Sementara Bagi Stabilkan Harga Di Peringkat Runcit

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2021 7:18AM

Alexander berucap pada Majlis Anugerah Perniagaan Kecemerlangan Malaysia 2021 di Putrajaya semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tindakan membawa masuk ayam sejuk beku dari luar negara adalah bersifat sementara untuk menstabilkan harga di peringkat runcit, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

“Terdapat banyak permintaan daripada bekalan. Sebab itu kita bawa masuk bekalan dan harap di peringkat runcit akan menurun (harga) kerana ada persaingan lebih banyak bekalan ayam,” katanya selepas majlis penyampaian anugerah Malaysia Excellence Business (MEBA 2021) di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan keputusan kerajaan membawa masuk ayam sejuk beku dari luar negara bagi memberi pilihan harga lebih murah kepada pengguna.

Nanta berkata kerajaan telah berusaha untuk mengawal harga ayam melalui harga maksimum di bawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).

Harga maksimum ayam standard ditetapkan RM9.30 sekilogram bagi jualan runcit dan RM8 sekilogram untuk pemborong di Semenanjung kecuali Langkawi.

Dalam perkembangan lain, Nanta yang juga Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata tindakan calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian Datuk Ali Biju yang menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 membuktikan keakraban Bersatu dan GPS sebagai sahabat baik.

Nanta menzahirkan bahawa GPS mampu menang pada PRN kali ini terutama di kawasan pedalaman kerana manifesto yang ditawarkan menekankan inisiatif relevan.

Antaranya memperhebatkan pembangunan, memberi bantuan kepada golongan yang terkesan dengan wabak COVID-19 dan juga rancangan jangka panjang kerajaan negeri Sarawak yang memberi fokus kepada pembangunan e-dagang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

MAQIS Johor Sita 25 Tan Perut Babi Bernilai RM400,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar