web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serangan Terhadap Sabah, ESSCOM Siasat Kebenaran Khabar Angin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2021 8:30PM

Ahmad Fuad Othman - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU -  Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan menjalankan siasatan bagi mendapatkan maklumat tambahan serta pengesahan khabar angin serangan ke atas Sabah.

Komander ESSCOM, Datuk Ahmad Fuad Othman berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan perkara ini sejak awal Disember.

Katanya, ESSCOM memandang serius khabar angin tersebut dan cuba mendapatkan maklumat daripada pihak keselamatan di Filipina.

"Khabar angin seperti ini sering tersebar apabila musim pilihan raya, dan dikhuatiri ia dijadikan sebagai propaganda untuk meraih undi.

"Kita tidak mengambil ringan akan sebarang ancaman kepada Sabah dan setiap maklumat atau khabar angin akan disiasat," katanya.

Ahmad Fuad turut memberitahu, perhatian serius terhadap sebarang perkara membabitkan keselamatan adalah gambaran kepada komitmen pihak berkuasa, dalam menjaga keamanan dan kedaulatan negara.

"Kawalan sempadan dan rondaan sentiasa diberi perhatian ketat," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah mengesahkan bahawa khabar angin mengenai serangan ke atas Sabah adalah tidak benar.

Hari ini, beberapa portal berita melaporkan kewujudan plot serangan ke atas Sabah yang membabitkan 600 pejuang dari Selatan Filipina.

Menurut laporan itu, 19 Datuk Bandar di Kepulauan Sulu didakwa telah menghadiri mesyuarat rahsia pada 1 Disember lalu bagi membincangkan rancangan merekrut 600 orang pejuang serta pengintip untuk menyerang Sabah. - Getaran, 9 Disember 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad