web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kematian Dalam Kalangan Tak Vaksin, 20 Kali Ganda Lebih Tinggi Banding Vaksinasi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2021 3:08PM

Data KKM menunjukkan kematian dalam kalangan yang tidak divaksinasi dan sebahagiannya divaksinasi adalah 3,200 kematian bagi setiap satu juta penduduk. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kematian akibat COVID-19 adalah 20 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan populasi yang tidak divaksin berbanding populasi yang telah divaksinasi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi akaun Twitternya, Dr Noor Hisham berkata trend kematian COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan penurunan dengan liputan vaksinasi yang meluas.

“Data kami (Kementerian Kesihatan) menunjukkan kematian dalam kalangan yang tidak divaksinasi dan sebahagiannya divaksinasi adalah 3,200 orang/kematian bagi setiap satu juta penduduk. Bagi individu yang telah lengkap divaksin adalah 160 orang/kematian bagi satu juta penduduk dan kematian bagi mereka yang telah mendapat dos penggalak adalah empat orang/kematian bagi setiap satu juta penduduk,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata berdasarkan data Kematian COVID-19 Kebangsaan dari 1 Januari hingga 4 Disember 2021, jumlah kematian tertinggi diumumkan pada 11 September dengan 592 kes.

Jumlah kematian tertinggi bagi BID iaitu kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital adalah pada 13 September dengan 176 kes. Data itu berdasarkan jumlah laporan kematian yang diterima setiap hari, katanya.

Dr Noor Hisham berkata setakat ini bagi tahun 2021 sejumlah 24,014 individu meninggal dunia di hospital dan 6,046 kes BID. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar