web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembangunan Kampung Baru Bukan Sekadar Urus Niaga Suka Sama Suka

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 8:52PM

Penduduk Jalan Sungai Baru, Kampung Baru diminita berpindah dalam tempoh 42 hari kerana kawasan flat terbabit bakal dimajukan bagi membina perumahan komersial. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembangunan Kampung Baru tidak harus hanya tertumpu kepada penetapan harga pampasan berasaskan konsep urus niaga suka sama suka.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pembangunan Kampung Baru sepatutnya disusun semula secara berperingkat supaya lebih teratur dengan menambah baik infrastruktur sedia ada.

Malah, katanya, konsep pelan induk Perbadanan Pembangunan Kampung Baru  (PPKB) juga perlu menggunakan pendekatan mengekalkan orang Melayu di kawasan tersebut dan meningkatkan kemudahan infrastruktur.

“Konsep membeli dengan mengambil alih tanah di Kampung Baru dan kemudian membiarkan penduduknya mencari penempatan di tempat lain adalah tidak wajar.

“Ini kerana banyak penempatan Melayu di ibu negara tidak lagi wujud apabila pendekatan membeli dan memindahkan orang Melayu dari kawasan tersebut digunakan.

“Kampung Kerinci dan Kampung Abdullah Hukum adalah contoh apabila orang Melayu akhirnya terpaksa tinggal di rumah flat yang sesak dan tidak selesa selepas dipindahkan dari kawasan asal mereka,” katanya hari ini.

Menurut Mohd Azmi, peruntukan sebanyak RM1.5 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk membina dan menambah baik kemudahan infrastruktur di Kampung Baru wajar dilaksanakan.

“Sudah bertahun-tahun Kampung Baru menempatkan orang Melayu di kawasan itu, menjadikannya lebih padat dan susunan perumahan tidak lagi teratur, manakala infrastruktur asas tidak lagi mencukupi.

“Apa yang diperlukan ialah Kampung Baru disusun semula secara berperingkat untuk mengekalkan orang Melayu di sana dan identiti sebagai sebuah perkampungan unik di tengah ibu kota,” katanya.

Beliau memberitahu, ciri-ciri perkampungan Melayu yang bersih, selesa dan maju di tengah-tengah ibu kota perlu dirancang agar Kuala Lumpur tidak terus memusnahkan khazanah Melayu yang sepatutnya terjamin,” katanya.

Sabtu lalu, penduduk sekitar Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, mengadakan bantahan projek pembangunan semula di kawasan tersebut yang dianggap berat sebelah dan ‘menindas’ mereka.

Getaran difahamkan, kawasan flat terbabit bakal dimajukan bagi membina perumahan komersial namun terdapat 110 pemilik daripada 344 penduduk membantah pembangunan tersebut.

Mereka enggan menandatangani sebarang dokumen daripada pihak pemaju disebabkan pampasan ditawarkan tidak setimpal dengan lokasi kediaman tersebut. - Getaran, 8 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Usaha Berkaitan Kampung Baru Perlu Ambil Kira Kepentingan Melayu - Sultan Sharafuddin

2

Semasa 2 tahun yang lalu

MAPIM Kutuk Pembunuhan Anak, Cucu Pemimpin Hamas 

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Fasiliti, Utiliti Kampung Baru Perlu Dinaik Taraf - CEO PKB

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Lebih 10 Kawasan Hutan Simpanan Kekal Diteroka Untuk Penempatan, Perladangan — JPNJ 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad