web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DNB Diminta Laksana Libat Urus Termasuk Dengan Ahli Parlimen Pembangkang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 5:50PM

Annuar menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia sempena Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Digital Nasional Bhd (DNB) diminta menjalankan sesi libat urus termasuk bersama Ahli-ahli Parlimen pembangkang mengenai pelaksanaan 5G, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya pada masa ini keputusan untuk menggunakan Rangkaian Pemborong Tunggal (SWN) bagi pelaksanaan 5G sedang berjalan dan proses rundingan antara Digital Nasional Bhd (DNB) bersama syarikat telekomunikasi (telco) dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Berdasarkan sesi engagement (libat urus)yang dilakukan, Jemaah Menteri berpandangan ada asas untuk Jemaah Menteri diberikan penjelasan lanjut sebelum apa-apa keputusan nak diubah, kalau nak diubah apa yang diputuskan setakat ini.

“Setakat ini di mana negara kita memilih model ‘Single Wholesale Network system’ (sistem Rangkaian Pemborong Tunggal) dengan membentuk sebuah syarikat milik penuh kerajaan untuk mengendalikan pembinaan prasarana sementara syarikat-syarikat telco akan laksanakan tindakan atau peranan untuk menjalankan perniagaan 5G runcit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Annuar berkata berdasarkan maklum balas yang diterima juga, kerajaan mengambil pendekatan dan bersikap terbuka bagi perkara itu dibincangkan dan dikaji semula , namun setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad.

Kepada celahan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) sama ada DNB boleh mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat pembangkang di Parlimen, Annuar berkata DNB seharusnya melaksanakan sedemikian seperti yang dibuat bersama penyokong kerajaan bagi memastikan ketelusan dari semua aspek memandangkan pelaksanaan 5G melibatkan kepentingan nasional.

Rang undang-undang yang memperuntukkan RM888,362,300 dalam Bajet 2022 bagi KKMM  diluluskan dengan lebih suara menyokong setelah dibahaskan lebih 20 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang serta Bebas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad