web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bintara Kanan Maritim Hadapi 32 Tuduhan Terima Suapan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 1:55PM

Tertuduh (tengah) dibawa pegawai SPRM selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang pegawai lain-lain pangkat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini, atas 32 tuduhan menerima suapan. 

Tertuduh, Mohd Norizan Yahaya, 46, didakwa melakukan kesalahan itu antara 13 Mei 2018 hingga 2 Jun 2019 dengan jumlah keseluruhan suapan diterima RM26,200. 

Dia yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Bintara Kanan Maritim, dituduh menerima suapan melalui akaun bank miliknya dengan jumlah antara RM200 hingga RM1,000 daripada Neo Siang Joo, dipercayai mempunyai kaitan dengan tugasnya sebagai pegawai penguat kuasa di Zon Maritim Kuala Kedah, Kedah. 

Pendakwaan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain dilakukan pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Fauzee Azizan. 

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan itu dan mohon dibicarakan. 

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan, sementara menunggu tarikh sebutan semula kes dan perbicaraan, selain memohon mahkamah memindahkan perbicaraan kes itu di Mahkamah Alor Setar bagi menjimatkan masa dan kos. 

Tertuduh dalam rayuannya turut memohon mahkamah mengenakan ikat jamin yang rendah memandangkan dia hanya mempunyai wang tunai berjumlah RM4,000 dan menanggung isterinya yang tidak bekerja selain mengidap kanser pangkal rahim tahap tiga. 

Hakim kemudiannya memutuskan jumlah ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat tambahan untuk tertuduh hadir melapor diri di pejabat SPRM berhampiran setiap bulan sehingga selesai perbicaraan. 

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 6 Januari tahun hadapan. - Getaran, 6 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

2

Semasa 20 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

3

Semasa 21 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

4

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad