web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peratusan Tinggi Jangkitan Sporadik Di Sabah Harus Dilihat Sebagai Amaran

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 8:02AM

Orang ramai perlu terus mematuhi SOP bagi mengekang pandemik COVID-19. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Peratusan jangkitan COVID-19 secara sporadik di Sabah yang masih tinggi harus dilihat sebagai amaran dan peringatan kepada orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang pandemik itu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata 36 peratus daripada  294 kes semalam, 38 peratus daripada 351 kes 4 Disember, dan 42 peratus daripada 374 kes pada Jumaat lepas adalah jangkitan sporadik.

"Semua prosedur operasi standard perlu dipatuhi setiap masa. Kita baru sahaja dikejutkan dengan varian baharu Omicron yang dikatakan menjangkit lebih cepat daripada varian sebelumnya," kata Masidi  yang juga jurucakap COVID-19 Sabah menerusi kenyataan media di sini.

Masidi juga berkata sebanyak 153 kes daripada keseluruhan 294 kes baharu dikesan melalui saringan kontak rapat sekali gus menunjukkan terdapat kebarangkalian tinggi berlaku aktiviti ketidakpatuhan SOP.

Sementara itu Masidi berkata empat kes kematian dilaporkan hari ini dengan dua kes di Tuaran dan masing-masing satu kes di Kota Marudu dan Sipitang. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar