web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Individu Dakwa Adik Dibuli Tentera Belum Tampil - Hishammuddin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2021 6:30PM

Hishammuddin berucap pada Pelancaran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan Asia 2022 hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu yang mendakwa adiknya dibuli di kem tentera dalam satu hantaran di media sosial beberapa hari lalu masih belum menghubungi Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menurut beliau, individu terbabit diminta berbuat demikian pada kadar segera bagi membolehkan siasatan terperinci dan tindakan lanjut diambil.

“Tuan punya badan yang memuat naik hantaran awal tidak tampil ke hadapan setahu saya, tetapi ada perkara lain yang dibangkitkan netizen di luar sana dan saya sudah minta Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz untuk membuat siasatan secara peribadi.

“Jadi dalam hal ini apa jua perkara yang dipanjangkan kepada kita melalui direct message (DM) akan juga disiasat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) Ke-17 dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2022.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abdul Aziz.

Terdahulu, tular tangkap layar mesej seorang individu dimuat naik melalui Twitter @pedoqpop, berhubung kejadian buli yang menimpa adiknya, didakwa dilakukan sekumpulan 12 hingga 14 anggota tentera.

Selain dipukul, dia juga mendakwa adiknya terpaksa membelanjakan duit gaji dan simpanan untuk membeli barangan keperluan harian kumpulan berkenaan.

Susulan isu terbabit, Hishammuddin menerusi Facebook meminta individu yang membuat dakwaan itu menghubungi dan menyalurkan maklumat terus kepadanya.

Beliau memberi jaminan, semua maklumat peribadi akan dilindungi dan tindakan tegas diambil terhadap pelaku.

Hishammuddin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan isu buli dan pelaku bakal berdepan hukuman selayaknya jika terbukti bersalah.

Tegasnya, siasatan rapi bagaimanapun perlu dijalankan supaya tindakan tidak dikenakan kepada pihak yang tidak bersalah.

“Secara peribadi, sejak saya Menteri Pendidikan, kita tak akan kompromi isu yang ada kaitan dengan buli.

“Contohnya mereka yang terbabit dengan buli semasa saya Menteri Pendidikan dulu sudah pun dihukum di mahkamah baru-baru ini dan rayuan mereka ditolak dan dipenjara.

“Jadi layanan kita kalau kes ini berasas adalah kita tidak akan sekali-kali kompromi, tapi jangan kita dakwa mereka yang tidak berdosa dan siasatan rapi mesti dibuat, bukan kita terikut-ikut apa yang dibaca di luar sana,” katanya.

Mengulas lanjut, Hishammuddin menegaskan, seseorang tidak boleh dianggap bersalah sehingga mahkamah membuat keputusan.

“Berhubung dakwaan buli membabitkan tentera ini, saya tidak mahu anggota saya dibicara di mahkamah media sosial,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Sembrong itu ketika mengulas mengenai

DSA 2022 & NATSEC Asia 2022 berkata, acara terbabit akan dianjurkan 28 hingga 31 Mac tahun depan selepas tiga tahun tidak diadakan akibat pandemik COVID-19.

Acara edisi ke-17 itu antaranya menjanjikan pameran berprofil tinggi membabitkan peralatan dan elektronik perang saraf canggih di darat, udara, laut serta alam siber, kawalan sempadan, pengenalan warga negara serta kecerdasan buatan (AI). - Getaran, 3 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Kerajaan Terus Fokus Tambah Baik Kuarters Tentera, Polis Yang Uzur - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

MINDEF Arah ATM Siasat Kegiatan Tidak Bermoral Di Kem Tentera

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 51 minit yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad