Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mabuk Tuak, Warga Emas Maut Nahas Babit 3 Lori

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2021 3:16PM

Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada warga emas terbabit yang dipercayai memandu dalam keadaan khayal.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Angkara mabuk tuak, seorang lelaki warga emas maut selepas lori yang dipandunya terbabas sebelum merempuh dua lori lain, di Sungau Burong, di sini, malam semalam.

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, mangsa yang berusia 63, maut di lokasi kejadian selepas tersepit di tempat duduk pemandu.

Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau terpaksa mengeluarkan lelaki terbabit sebelum dia disahkan sudah meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada warga emas terbabit yang dipercayai memandu dalam keadaan khayal.

“Pemandu berkenaan sedang dalam perjalanan dari arah Tawau ke Semporna.

“Sebaik tiba di lokasi, suspek dikatakan gagal mengawal kenderaannya sebelum secara tiba-tiba masuk ke laluan bertentangan dan merempuh dua buah lori,” katanya.

Bagaimanapun, dua pemandu lori terbabit dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek dipercayai memandu dalam keadaan khayal ekoran penemuan tuak dalam lori terbabit.

“Mayat suspek dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk menjalani bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Getaran, 3 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 hari yang lalu

Alahai, Macam Mana Boleh Kena Heret Tu

2

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Lori Halang Laluan Smart Lane

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Aksi Pantas Pemandu Lori Elak Rempuh Kenderaan Lain

4

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Dekat Selekoh Pun Nak Memotong

Sorotan

1

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

2

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

3

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

4

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

5

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

6

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

7

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengurus Dan Pegawai Keselamatan Kebakaran Di Premis, JBPM Dalam Proses Pinda Akta

Sukan 14 jam yang lalu

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Politik 1 hari yang lalu

"Berangan Boleh, Tapi Siapkan Dulu Projek Untuk Rakyat" - Pesan Mahfuz 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Salah Guna Kuasa Anak Lelaki: MB Perlis Beri Keterangan Di SPRM

oleh Diyana Nawwar