web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Kenderaan Tertimbus, Pemandu Lori, MPV Disahkan Maut Dalam Tanah Runtuh

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2021 7:56AM

Anggota keselamatan mengeluarkan mayat seorang pemandu MPV yang terlibat dalam tanah runtuh di Seksyen 27 hingga Seksyen 30 selepas Pos Raya di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Dua lelaki meninggal dunia selepas kenderaan mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di laluan FT 185, kilometer 27.10 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di sini semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata mereka yang maut ialah pemandu lori Muhammad Hafiz Hamdi, 31, dan pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard Tan Chee Heng, 36.

Selepas hampir tujuh jam operasi mencari dan menyelamat, pasukan penyelamat berjaya membawa keluar kedua-dua mayat daripada kenderaan masing-masing dalam runtuhan itu kira-kira pukul 10 malam dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini bagi proses bedah siasat serta tuntutan waris.

Pemandu lori sayur itu dipercayai sedang dalam perjalanan ke Simpang Pulai dari Cameron Highlands manakala pemandu MPV terbabit dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Pulau Pinang dan tiada penumpang lain di dalam dua kenderaan terbabit.

Pihak penyelamat juga mengesahkan setakat ini hanya dua kenderaan yang tertimbus dalam tanah runtuh itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 1.44 tengah hari tadi dan pemerhatian awal mendapati tiga kenderaan dipercayai tertimbus dalam runtuhan tanah berkenaan sekali gus kerja-kerja mengangkat timbunan tanah menggunakan jengkaut diaktifkan serta-merta di lokasi kejadian.

Menurut jurucakap JBPM Perak, pemandu lori itu pada petang kejadian, telah memberikan respons ketika usaha menyelamatkannya namun disahkan telah meninggal dunia.

Bagi memudahkan operasi tersebut yang berdepan dengan cabaran cuaca sejuk dan pemandangan kabur akibat hujan renyai, pasukan penyelamat juga menggunakan dron bagi melihat pergerakan tanah dari pandangan atas secara keseluruhan.

Kira-kira 100 anggota dan pegawai pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan negara termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) berada di lokasi serta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dalam operasi tersebut agar memudahkan kelicinan pengoperasian.

Mior Faridalathrash dalam sidang media di lokasi kejadian berkata pada masa ini tiada pergerakan tanah dikesan bagaimanapun, pemantauan diteruskan bagi langkah-langkah keselamatan.

Beliau berkata orang ramai diminta menggunakan laluan alternatif di Jalan Persekutuan FT059 Tapah-Ringlet yang dibuka sepenuhnya untuk semua kenderaan bermula pukul 5 petang untuk melakukan perjalanan ke Cameron Highlands.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata hujan yang berterusan dipercayai menyebabkan berlaku hakisan tanah di kawasan cerun potong di laluan berkenaan.

“Runtuhan tanah berlaku sepanjang 100 meter dan laluan utama ke Cameron Highlands itu tidak selamat untuk semua jenis kenderaan dan masih dikawal ketat oleh pihak konsesi.

“Bagaimanapun, punca tanah runtuh masih dalam siasatan dan pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah dan pihak konsesi jalan persekutuan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Pawong Ismail Baloh, 51, berkata kejadian tanah runtuh itu disedari pada kira-kira pukul 2 petang semasa dia dalam perjalanan untuk ke Simpang Pulai.

“Saya nampak ada dua kenderaan bomba naik sebelum orang kampung cemas memberitahu tentang kejadian tanah runtuh ini,” kata Ismail. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Maut Lori Bertembung

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Nahas 7 Kenderaan, 2 Pemandu Lori Disahkan Maut

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ancam Keselamatan PM, Pemandu Lori Dipenjara 6 Bulan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kehadiran MPV, URB Di Kawasan Kediaman, Komersial Tingkat Keyakinan Masyarakat - KPN

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 41 minit yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar