web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Positif Sekolah Seri Puteri Meningkat 139 - Dr Sha'ari

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 6:11PM

Semua pelajar yang positif COVID-19 dirujuk ke MAEPS, Serdang. - Gambar hiasan

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kes positif COVID-19 di Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya yang pada mulanya berjumlah 61 melonjak sehingga 139 kes, jelas Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.

Angka terbaharu itu membabitkan 114 pelajar, 15 guru dan 10 petugas sekolah.

Dr Sha’ari berkata, kesemua kes positif berkenaan dikesan hasil saringan terhadap 946 individu yang terdiri daripada 849 pelajar, 59 guru dan 38 petugas setakat jam 3 petang tadi.

“Kesemua kes positif itu dalam keadaan stabil dan mereka berada di bawah kategori 1 dan 2A.

“Kesemua kes positif itu akan dirujuk ke PKRC Bersepadu 2.0 Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang manakala kontak rapat akan ditempatkan di stesen kuarantin kerajaan,” katanya.

Pesakit COVID-19 kategori 1 merujuk kepada mereka yang tidak bergejala langsung, kategori 2A mempunyai simptom ringan dan kategori 2B adalah bergejala ringan teruk dan akan dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Menurut Dr Sha’ari, kes indeks yang mencetuskan jangkitan di sekolah tersebut berpunca daripada seorang guru yang didapati bergejala pada 22 November dan disahkan positif dua hari kemudian.

Hasil saringan kontak rapat telah mengesan tujuh lagi kes iaitu enam pelajar dan seorang lagi guru sebelum Kluster COVID-19 diumumkan sebagai Kluster Persiaran Tasik pada 29 Nov," katanya. – Getaran, 2 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 minit yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar