web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelajar Sekolah Rendah Jalani Ujian Saringan COVID-19 Mulai Hari Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 9:00PM

Mohd Radzi Md Jidin berbual dengan seorang murid ketika menjalankan tinjauan pelaksanaan ujian saringan kendiri COVID-19 di SK Bandar Sri Damansara 3, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ujian saringan kendiri COVID-19 menggunakan air liur ke atas murid sekolah rendah mula dilaksanakan, hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin berkata pelaksanaan ujian saringan tersebut berjalan dengan lancar setakat ini.

“Hari ini saya ke SK Bandar Sri Damansara 3 bagi meninjau pengoperasian sekolah dan juga hari pertama pelaksanaan ujian saringan COVID-19 bagi murid sekolah rendah.

“Alhamdulillah pelaksanaan ujian saringan kendiri yang menggunakan air liur ini berjalan dengan baik dan teratur. Arahan yang diberikan guru juga dipatuhi dengan baik,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut beliau, seramai 28 daripada 280 murid yang hadir ke sekolah terbabit terpilih menjalani ujian tersebut.

“Ada di antara murid berkenaan pernah menggunakan kit ini, jadi mereka mampu untuk melakukannya secara kendiri di tempat yang disediakan pihak sekolah.

“Terima kasih buat guru-guru dan syabas kepada murid yang terlibat dalam ujian saringan hari ini,'' katanya.

Sabtu lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan bahawa pelaksanaan saringan bergilir COVID-19 untuk murid sekolah rendah perlu dijalankan pada setiap Rabu, pada hari persekolahan.

Terdahulu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan semua murid sekolah rendah diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19 secara mingguan dengan kaedah penggiliran, bagi mencegah penyebaran wabak itu dan kemungkinan wujudnya kluster pendidikan.

Ia menjadi keperluan kepada sekolah rendah memandangkan semua murid di peringkat berkenaan masih tidak layak menerima suntikan vaksin COVID-19.

Atas faktor itu, sekolah perlu melaksanakan ujian saringan mingguan kepada sekurang-kurangnya 10 peratus sampel pelajar. - Getaran, 1 Disember 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad