web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jual Konkrit Milik Majikan, Pemandu Lori Didakwa Pecah Amanah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 2:02PM

Mohamad Ridzuan Abdul Khadir didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan, atas tuduhan pecah amanah, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan atas tuduhan pecah amanah apabila menjual besi konkrit bernilai RM324,000 milik majikannya pada awal November lalu. 

Tertuduh, Mohamad Ridzuan Abdul Khadir, 33 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ainis Abu Hassan Saari. 

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan sebagai sub-kontraktor kepada Syarikat Kanna Transport Servis apabila tidak menghantar muatan besi konkrit seberat 81 tan seperti diamanahkan ke Pelabuhan Kuantan. 

Tertuduh dengan curang menjual besi konkrit terbabit kepada pihak lain di tepi Jalan Sungai Ular, di sini, kira-kira jam 8 malam antara 9 hingga 10 November lalu. 

Mohamad Ridzuan didakwa mengikut Seksyen 407 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Aini Adilah Muhammad Faizal yang menawarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh. 

Bagaimanapun peguam mewakili tertuduh, Tharan Sigh meminta wang jaminan dikurangkan atas alasan dia perlu menanggung isteri dan dua anak yang masih bersekolah. 

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM6,000 dan menetapkan 16 Disember depan sebagai sebutan semula kes.  - Getaran, 1 Disember 2021


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

2

Semasa 18 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

3

Semasa 19 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

4

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar