web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Nafi Varian Omicron Dikesan Di Perak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2021 9:29PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada kes penularan varian baharu COVID-19, Omicron dikesan di Perak, seperti yang didakwa segelintir pihak.

Jurucakap Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini berkata, KKM menafikan kesahihan mesej yang tular di media sosial itu.

“KKM menjelaskan bahawa setakat ini tiada kes COVID-19 varian Omicron dikesan di Malaysia,” katanya.

Susulan itu, beliau menasihati orang ramai supaya menghentikan penyebaran maklumat daripada sumber tidak sahih.

“Ia boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat. Sebaiknya rujuk media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat yang sahih,” katanya.

Data awal dari Afrika Selatan menunjukkan varian Omicron merebak dengan pantas, apabila 100 kes dikesan awal November dan lebih 1,200 kes pada minggu akhir November.

Berdasarkan info itu, kebanyakan ahli sains menjangkakan kebolehan Omicron untuk merebak seperti varian Delta adalah sangat tinggi.

Varian tersebut turut menunjukkan bilangan mutasi yang tinggi iaitu sebanyak 32 mutasi ‘spike protein’ virus SARS-CoV2 berbanding hanya lapan mutasi untuk varian Delta.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, KKM mengambil langkah perlu selepas mengambil maklum kewujudan baharu tersebut berdasarkan pengumuman yang dibuat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Antaranya menyekat pengembara dari  Afrika Selatan, yang dipercayai tempat tercetus varian Omicron daripada memasuki negara ini.

Selain sekatan, beliau juga memaklumkan, KKM akan memohon peruntukan daripada Kementerian Kewangan untuk melakukan sampel jujukan genom bagi mengesan kewujudan varian terbabit di negara ini. - Getaran, 30 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

4

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad