web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Salur Peruntukan Mencukupi Untuk Menambah Baik JPJ

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2021 5:38PM

Datuk Adnan Mat - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta memberikan peruntukan mencukupi kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membolehkan agensi itu menambah baik taraf sistem perkhidmatan mengikut keperluan semasa dan mencapai pendigitalan lengkap.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat, berkata JPJ sentiasa menerima peruntukan terhad walaupun menjadi agensi penyumbang kutipan hasil yang ketiga tertinggi negara.

Katanya, pihak pengurusan Kementerian Pengangkutan perlu memberi perhatian kepada isu peruntukan itu supaya kebajikan pegawai dan kakitangan agensi berkenaan seiring cabaran tugas dipikul mereka pada masa kini.

“CUEPACS amat berbesar hati dan mengalu-alukan langkah turun padang Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong ke kaunter perkhidmatan JPJ Negeri Johor baru-baru ini, bagi meninjau secara dekat penyampaian perkhidmatan agensi itu kepada rakyat serta memantau produktiviti perkhidmatannya.

“CUEPACS mewakili warga kerja JPJ mengambil perhatian sepenuhnya teguran Menteri Pengangkutan mengenai kesesakan di sistem perkhidmatan kaunter, malah sudah tentu teguran itu akan diambil sebagai perkara positif bagi meningkatkan lagi kualiti dan mutu perkhidmatan,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini.

Bagaimanapun, Adnan berkata, pihaknya percaya penyampaian perkhidmatan JPJ adalah antara yang terbaik memandangkan agensi itu menerima penarafan lima bintang daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sebelum ini.

Pengiktirafan itu, katanya, diterima atas kualiti dan produktiviti tinggi dihasilkan setiap tahun serta pelbagai inovasi dilaksanakan JPJ. 

Adnan berkata, bagi makluman pihak berkaitan, pada 2010, JPJ dijanjikan peruntukan sebanyak RM420 juta untuk membangunkan pendigitalan mySIKAP JPJ yang moden, namun pada saat akhir, bajet itu dipotong kepada RM282 juta sahaja.

“Pemotongan ini menyebabkan banyak elemen sistem dirancangkan untuk mySIKAP JPJ terpaksa digugurkan dan menjadikan sistem itu tidak lengkap tetapi tetap diteruskan sehingga kini.

“Dengan situasi pendemik yang melanda negara, warga JPJ juga resah dengan kualiti sistem separuh lengkap ini dan sudah digunakan hampir 10 tahun,” katanya.

Pada masa sama, Adnan berkata, pejabat JPJ juga perlu dinaik taraf kerana sebahagiannya sudah terlalu lama dan daif.

Jelasnya, kaedah perkhidmatan di pejabat itu yang ada antaranya sudah beroperasi lebih 20 tahun lalu dan banyak berstatus sewaan, memerlukan pembaharuan baharu serta moden.

Keadaan itu, katanya, menjadikan sistem kerja menjadi kurang kondusif, contohnya JPJ Galeria yang sempit dan amat tidak sesuai untuk memenuhi permintaan perkhidmatan di Putrajaya.

Menurut Adnan, kekurangan JPJ juga boleh dilihat dari segi staf dan perjawatan pegawainya yang begitu terhad, iaitu sekitar 8,700 orang bagi agensi kutipan hasil ketiga tertinggi negara, berbanding Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan seramai 13,000 orang.

JPJ Negeri Johor pula sebagai contoh, katanya, belum menerima pegawai untuk jawatan Timbalan Pengarah yang amat membebankan Pengarah apabila perlu bekerja tanpa timbalan dengan pelbagai urusan.

“CUEPACS yakin jika perkara ini diberikan perhatian, JPJ akan lebih cemerlang dengan produktiviti tinggi dan boleh mencapai hasil melebihi bilion ringgit serta penguatkuasaan yang mampu mengurangkan kadar kematian di jalan raya.

“CUEPACS sedia bekerjasama dengan pihak Menteri demi kebajikan warga kerja cemerlang JPJ melonjakkan perkhidmatan agensi ini dan perkhidmatan awam negara,” katanya. - Getaran, 30 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Cukai Jalan, Insurans Tamat Tempoh, JPJ Kedah Sita ‘Vellfire’ Pemain Bola Sepak Kebangsaan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

JPJ KL Lelong 124 Kenderaan, Kutipan Cecah RM237,000

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad