web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


 22,522 Pati Ditahan Sejak Mac Hingga Disember 2020

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2021 4:13PM

Pati yang ditahan dalam operasi yang dilancarkan JIM. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 22,522 pendatang asing tanpa izin (pati) dan 387 majikan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sejak Mac hingga Disember tahun lalu menerusi 6,634 operasi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, dalam operasi berkenaan juga, sebanyak 11 sindiket berkaitan pati dan jenayah rentas sempadan berjaya ditumpaskan.

"Seramai 111 dalang dan ahli sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin daripada pelbagai warga negara ditahan," katanya dalam satu kenyataan.

Hamzah turut memberitahu, bagi mengelakkan sempadan dibolosi, kawalan di sempadan negara akan terus diberikan fokus utama dan dikawal ketat pada tahun ini.

Ia juga, katanya antara teras utama yang menjadi fokus Kementerian Dalam Negeri (KDN) tahun ini, selari dengan perancangan dalam Pelan Strategik KDN 2021-2025 bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman negara sentiasa terpelihara.

"Pengurusan sempadan darat dan laut pada tahun ini akan diperkukuhkan melalui pendekatan lima sempadan hadapan (five-front approach) iaitu sempadan utara Kedah, sempadan utara Kelantan, Selatan, Sabah dan Sarawak.

"Keperluan untuk pembinaan pagar sempadan, penggunaan teknologi terkini seperti CCTV (sistem kamera keselamatan litar tertutup), radar serta dron dan pembinaan pos-pos kawalan adalah berbeza mengikut kawasan yang berkenaan,” ujarnya.

Pada tahun ini juga, Hamzah berkata, KDN akan terus memperkukuhkan dasar dan perundangan dengan melaksanakan kajian dan pindaan ke atas akta-akta di bawah bidang kuasa KDN bagi memperkasakan aspek penguatkuasaan. - Getaran, 4 Mac 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad