Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tiada Keperluan Perbaharui Kontrak Sosial - Pakar Ekonomi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Nov 2021 9:19AM

Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan buat Malaysia untuk memperkenalkan kontrak sosial baharu bagi merealisasikan matlamat status negara berpendapatan tinggi dan maju.

Pakar Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berpandangan, ketika ini adalah keperluan buat semua pihak khususnya kerajaan untuk melihat bagaimana jurang kekayaan dapat dikurangkan antara penduduk.

Merujuk kepada statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, beliau menegaskan, nilai pekali Gini yang dikira berdasarkan pendapatan kasar meningkat kepada 0.407 peratus pada 2019 berbanding 0.399 peratus, tahun 2016.

“Bagi tempoh berkenaan, pekali Gini di kawasan bandar meningkat daripada 0.389 peratus kepada 0.398 peratus manakala di luar bandar pula meningkat daripada 0.364 peratus kepada 0.367 peratus.

“Pekali Gini bagi etnik Bumiputera pula meningkat daripada 0.385 peratus kepada 0.389 peratus dan bagi etnik Cina, ia naik daripada 0.411 peratus kepada 0.417 peratus.

“Bagi etnik India, ia turut mencatatkan peningkatan daripada 0.382 peratus kepada 0.411 peratus,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Namun, Ahmad Razman menegaskan, pekali Gini telah meningkat daripada 0.407 peratus kepada 0.411 peratus.

Apabila dirujuk kepada statistik tahun 2020 iaitu ketika negara dilanda suasana pandemik COVID-19.

“Statistik kemiskinan mutlak negara meningkat kepada 8.4 peratus tahun lalu, susulan pandemik COVID-19.”

Sehubungan itu, beliau berkata, ini membuktikan jurang ketaksamaan dalam kalangan rakyat berlaku dan semakin meningkat ketika negara menghadapi wabak terbabit.

“Ini turut disokong oleh statistik tahun lepas iaitu purata gaji rakyat Malaysia merosot kepada 9 peratus (median merosot 15.6 peratus) dan Forbes pula melaporkan 50 individu terkaya di Malaysia berjaya meningkatkan kekayaan mereka sebanyak 14 peratus sepanjang pandemik ini.

“Statistik kemiskinan mutlak negara meningkat kepada 8.4 peratus tahun lalu, susulan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berbanding 5.6 peratus pada 2019,” katanya.

Terdahulu, bekas Ahli Ekonomi Kanan Hab Penyelidikan dan Pengetahuan Global Kumpulan Bank Dunia di Malaysia, Dr Kenneth Simler mencadangkan agar Malaysia memerlukan kontrak sosial baharu, mewakili keseluruhan rakyat memandangkan ketidaksamaan di negara ini semakin serius.

Beliau memaklumkan keadaan berkenaan berlaku selepas COVID-19 melanda yang menjejaskan kemajuan pembangunan Malaysia dan pelaksanaan kontrak sosial baharu itu bagi mewujudkan peluang sama rata, menyediakan peningkatan mobiliti serta insentif untuk pelabur kekal dan melabur di negara ini.

Kenneth berkata, kontrak sosial bertindak secara dua hala, sama ada pemberian kerajaan kepada rakyat dan sebaliknya, untuk menjadikan sistem berfungsi secara baik dengan penyertaan yang adil.

Jelasnya, bagi mencapai kontrak sosial baharu, sumber yang besar perlu dilaburkan untuk membangunkan modal insan berkualiti dan memudahkan peluang ekonomi yang ketara, terutama kepada golongan wanita.

Sementara itu, Ahmed Razman berkata, kerajaan harus menangani isu itu dengan serius dan jika masih dipandang remeh, ia mampu mewujudkan pelbagai masalah bukan sahaja dari segi ekonomi malah, aktiviti sosial, kesihatan fizikal dan mental serta ketidakstabilan politik.

Justeru, beliau yang juga Pengurus Pembangunan Perniagaan, Putra Business School (PBS), UPM, turut berpandangan, terdapat keperluan buat Malaysia bagi mereformasikan sistem monetari berbanding memperkenalkan kontrak sosial baharu.

“Antara usaha yang boleh dilakukan bagi mereformasikan sistem monetari ialah meletakkan kuasa penciptaan kredit di bawah satu institusi berdaulat di bawah Parlimen seperti Bank Daulat (Sovereign Money).

“Ini untuk membolehkan kerajaan mengawal lambakan kredit yang berlaku di pasaran sekarang akibat pembiayaan melalui hutang yang berleluasa dan seterusnya mengakibatkan kos sara hidup semakin tinggi,” katanya.

Tambahnya, apabila lambakan kredit berjaya dikawal di samping rakyat serta peniaga mempunyai alternatif pembiayaan yang tidak melibatkan hutang, mereka akan memperolehi gaji lebih tinggi.

 “Ini akan menangani masalah ketidaksamaan pendapatan antara rakyat dan sekali gus membantu negara mencapai status berpendapatan tinggi,” katanya.

Konsep kontrak sosial merujuk kepada persetujuan bersama yang tercapai dalam kalangan pemimpin Melayu, Cina dan India pada 1956 yang berlaku ketika Suruhanjaya Reid sedang mengumpulkan pandangan pelbagai pihak yang tinggal di negeri-negeri Tanah Melayu untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan bagi mencapai kemerdekaan pada 1957.

Konsep tersebut bukan sekadar sebuah dokumen mengenai peraturan dan cara pengendalian sesebuah negara namun sebagai asas kontrak sosial antara pelbagai komponen yang saling berkaitan.

Melalui kontrak itu, semua kaum diberikan jaminan hak timbal balas kepada kerelaan mereka melepaskan sebahagian daripada hak yang lain, dengan orang Melayu mendapat hak keistimewaan, jaminan kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, tanah rizab Melayu dan hak-hak yang lain. - Getaran, 30 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 10 bulan yang lalu

Pembaharuan Dasar Terus Dipertingkat Pada Separuh Kedua Tahun Ini - Rafizi

2

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Ekonomi Malaysia Bukan Dalam Krisis, Trajektori Pertumbuhan Kekal Positif - Gabenor BNM

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Semasa 2 jam yang lalu

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

Semasa 1 hari yang lalu

Beras, Barang Dapur Dibakar Adalah Stok Simpanan Yang Rosak - Ismail

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

oleh Wartawan Getaran