web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembaharuan Dasar Terus Dipertingkat Pada Separuh Kedua Tahun Ini - Rafizi

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 7:25AM

Rafizi Ramli berkata negara akan melancarkan satu pelan induk perindustrian baharu pada Ogos dan semakan semula perancangan lima tahunnya pada September - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perubahan dasar Malaysia akan terus dipertingkatkan pada separuh kedua tahun ini bagi mendorong pembaharuan ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata negara akan melancarkan satu pelan induk perindustrian baharu pada Ogos dan semakan semula perancangan lima tahunnya pada September.

“Kami sedang melakukannya secara berperingkat sebagai persediaan menuju pembentangan belanjawan pada November. Akan ada lebih banyak kejelasan pada asas bulan ke bulan kerana (apa) yang ingin kami elakkan ialah 'big bang' dengan senarai perkara yang kami ingin lakukan dan enam bulan seterusnya mengecewakan semua orang dengan pergerakan pelaksanaannya.

“Jadi, dengan mengimbangi antara perkara yang kami ingin lakukan dengan cara kami melakukannya, saya fikir, adalah kunci kepada kemampanan,” katanya dalam temu bual di Forum Ekonomi Qatar, Dibawakan oleh Bloomberg.

Beliau berkata kerajaan telah melakukan pembaharuan subsidi yang besar dalam tempoh enam bulan lepas dan menanti masa yang sesuai untuk memastikan ia berjaya supaya Malaysia mampu mencapai status negara berpendapatan tinggi.

“Masyarakat sedang bergelut dengan inflasi serta perbezaan gaji dan itulah tumpuan yang diberikan oleh kerajaan kini...agar pembaharuan struktur dilaksanakan mengikut peringkat, bulan demi bulan, jadi ia akan menyediakan asas yang kukuh. Kami berharap keputusan itu akan menunjukkan hasilnya,” katanya.

Justeru, beliau berpendapat bahawa tempoh dua tahun ini adalah penting bagi kerajaan melaksanakan pembaharuan struktur ekonominya.

Rafizi berkata kerajaan juga memberi tumpuan kepada peralihan tenaga dengan Malaysia yang kini bersedia untuk melancarkan pasaran pertukaran tenaga boleh diperbaharui serantau yang akan memudahkan dan mempercepatkan perdagangan rentas sempadan.

“Kami akan membangunkannya secara organik untuk pasaran kami terlebih dahulu supaya kami boleh membina kapasiti sebelum kami mengambil langkah berani untuk menjadi peneraju pertukaran tenaga serantau.

“Di rantau ini, kami perlu meningkatkan kapasiti kami sebanyak 11 kali dalam tempoh 20 tahun akan datang dan untuk itu, kami perlu melabur US$150 bilion (US$1=RM4.62) dalam infrastruktur untuk membolehkan peralihan tenaga dilaksanakan,” katanya.

Negara juga sedang mencari potensi dalam membina sektor semikonduktor digital boleh diperbaharui dan mempelbagaikannya kepada komponen lain.

Pada masa ini, Malaysia menyumbang kira-kira 30 peratus daripada pemasangan, ujian dan pembungkusan cip, katanya.

“Kami sedang melihat beberapa rekaan, dengan hadirnya nama besar semikonduktor dunia di Malaysia. Orang ramai kini bercakap tentang kecerdasan buatan generatif dan kesannya, sudah pasti terdapat permintaan untuk cip yang lebih baik dan cip yang lebih pantas pada masa hadapan,” katanya.

Rafizi berkata Malaysia juga sedang mengikut jejak kejayaan Pulau Pinang dalam membangunkan sektor semikonduktornya di rantau lain.

Katanya, terdapat pelbagai aktiviti dan pelaburan yang boleh dikembangkan ke seluruh negara dan sebagai contoh di wilayah tengah, pusat data penyelidikan dan pembangunan yang lebih tinggi, di selatan misalnya untuk menumpukan bukan sahaja kepada minyak dan gas serta bahan api baharu tetapi juga (tenaga) boleh diperbaharui. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan