Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Ekonomi Malaysia Bukan Dalam Krisis, Trajektori Pertumbuhan Kekal Positif - Gabenor BNM

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 5:40PM

Nor Shamsiah Mohd Yunos - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia tidak berada dalam krisis dan trajektori pertumbuhannya kekal positif, tetapi perlu melakukan pembaharuan untuk menjadikan negara yang ekonominya berasaskan inovasi, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Gabenor Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunos berkata, asas ekonomi dan sistem kewangan adalah kukuh dan langkah awal telah diambil bagi menangani persekitaran luaran yang mencabar.

“Ini adalah fakta penting mengenai ekonomi dan sebagai rakyat Malaysia, adalah penting untuk kita bertindak dengan cara yang sewajarnya tanpa menjejaskan pemulihan dan keyakinan pelabur yang boleh menyebabkan sesuatu yang tidak benar akhirnya dipercayai,” kata beliau berucap di Khazanah Megatrends Forum 2022 di sini hari ini.

Dalam ucapannya yang bertajuk “Navigating Malaysia’s Economic Transition in a Post-COVID World”, beliau berkata pemulihan ekonomi negara berjalan dengan baik dan pertumbuhan tahun ini dijangka kukuh.

Inflasi kata beliau, dijangka memuncak pada suku ketiga tahun  ini, yang sebahagian besarnya disebabkan oleh bekalan dan juga permintaan yang kukuh selaras dengan pembukaan semula ekonomi.

“Tekanan menaik terhadap inflasi akan kekal sebahagiannya dikawal oleh kawalan harga sedia ada

“Tekanan inflasi akan kekal naik dengan sebahagiannya akan terus disekat oleh kawalan harga sedia ada dan lebihan kapasiti yang masih wujud dalam ekonomi,” tambah beliau.

Beliau menyatakan unjuran pada tahun depan akan menjadi lebih mencabar disebabkan oleh gabungan faktor-faktor seperti konflik dan ketegangan geopolitik yang meningkat, tekanan inflasi global dan pasaran kewangan yang tidak menentu. 

“Ini semua akan membawa kepada pertumbuhan yang lebih perlahan pada tahun depan,” kata beliau.

Membandingkan situasi semasa dengan pandemik baru-baru ini dan Krisis Kewangan Asia, Nor Shamsiah berkata ekonomi Malaysia jelas berada pada kedudukan yang lebih kukuh hari ini berdasarkan momentum pertumbuhan yang teguh, kadar pengangguran yang lebih rendah, permodalan institusi kewangan yang baik dan ekonomi yang lebih pelbagai.

Ini telah menyebabkan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) secara beransur-ansur melaraskan kadar dasar semalaman (OPR) pada Mei, Julai dan September tahun ini, katanya.

Menurut beliau, MPC tidak dikekang oleh laluan yang telah ditetapkan untuk OPR dan pelarasan kepada kadar faedah utama akan dilakukan secara beransur-ansur dan terukur.

Namun begitu katanya, mengekalkan kadar terlalu rendah untuk masa yang lama seperti di negara lain, boleh mengakibatkan gangguan dan ketidakseimbangan, mencetuskan tekanan inflasi dan melemahkan mata wang.

Nor Shamsiah menegaskan Malaysia perlu sekali lagi melaksanakan pembaharuan yang mengubah sepenuhnya ekonomi bagi menjamin masa depan yang lebih makmur dan mampan dalam menghadapi ketidaktentuan dan cabaran di masa depan.

Beliau berkata Malaysia perlu bercita-cita untuk menjadi ekonomi berasaskan inovasi, berubah daripada model ekonomi berasaskan pengurangan kos (model kos rendah) kepada pemaksimuman premium.

Usaha ke arah mencapai cita-cita itu telah pun bermula, apabila kerajaan menetapkan strategi utama dalam dasar-dasar negara seperti Rancangan Malaysia Ke-12 dan Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0, katanya.

“Cabarannya ialah mengubah rancangan dan rangka tindakan ini kepada perbuatan dan hasilnya. Bagi kami ialah meningkatkan asas kami sebagai ekonomi yang berinovasi, kami perlu meneruskan pembaharuan untuk mengukuhkan asas-asas idea, pelaburan berkualiti, bakat, dan kedinamikan pasaran untuk memastikan pengagihan sumber yang cekap,” tambahnya.

Semasa mengakhiri ucapannya, Nor Shamsiah berkata tempoh satu hingga dua tahun akan datang menjadi penting untuk Malaysia bagi mengorak langkah ke hadapan dengan berani.

Beliau berkata negara kini mestilah menumpukan kepada pengukuhan asas ekonomi, daya tahan dan fleksibiliti.

“Jiran kita di rantau ini sedang giat meneruskan langkah-langkah pembaharuan. Kita akan ketinggalan jika tidak bertindak sekarang.

“Sejarah adalah pengajaran. Kita telah berkali-kali, melakukan apa yang perlu bagi berubah untuk berada di kedudukan yang lebih tinggi. Saya pasti kali ini tiada bezanya,” tambah beliau. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 minggu yang lalu

KEB 2024 Perlihat Agenda Perkasakan Ekonomi Bumiputera Tanpa Pinggirkan Kaum Lain

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kadar Tambang Bas Ekspres Eksekutif, Ekonomi Ikut Jadual Tambang - APAD

3

Ekonomi 1 bulan yang lalu

KEB 2024 Perlu Jadi Penggerak Kerangka Agenda Bumiputera - PM

4

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Lebih Baik Sebanyak 4.5 Peratus Tahun Ini - HLB

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

NCER Disasar Catat RM367.8 Bilion Pelaburan Direalisasi Menjelang 2030 - PM