web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


73,653 Remaja Di Selangor Masih Belum Divaksin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 2:52PM

73,653 remaja daripada 569,100 populasi kumpulan umur 12 ke 17 tahun di Selangor masih belum divaksin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sejumlah 73,653 remaja berumur 12 ke 17 di Selangor masih belum divaksin daripada keseluruhan 569,100 populasi kumpulan umur berkenaan, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dimaklumkan, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri, Dr Siti Mariah Mahmud berkata seramai 495,447 individu dari kumpulan umur berkenaan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Elizabeth Wong Keat Ping (PH-Bukit Lanjan) mengenai jumlah penduduk Selangor berumur 12 tahun dan ke atas yang belum divaksin.

Dr Siti Mariah berkata proses pemberian vaksin COVID-19 kepada populasi remaja berumur 12 ke 17 tahun di negeri ini, masih berjalan melibatkan agensi termasuk Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Bagi kumpulan remaja yang sukar hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV), seperti remaja yang tidak bersekolah, remaja orang asli, remaja di dalam pusat institusi pemulihan atau rumah perlindungan, proses pemberian vaksinasi dilakukan menerusi program jangkau luar oleh Pasukan Outreach Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan NGO seperti MERCY Malaysia dan IMAM Response and Relief Team (Imaret),” katanya.

Bagi populasi remaja berusia lebih 18 tahun, Dr Siti Mariah berkata dianggarkan sejumlah 275,237 orang masih belum divaksin manakala 4.27 juta telah menerima satu dos berbanding jumlah populasi 4,551,800 remaja lingkungan umur tersebut.

“Sebahagian kecil yang belum divaksinasi (populasi remaja berusia lebih 18 tahun) merupakan mereka yang tergolong dalam kategori yang tidak boleh menerima vaksin atau mempunyai  kontraindikasi kepada vaksin COVID-19, manakala selebihnya merupakan golongan yang menolak vaksin,” katanya.

Bagi populasi remaja yang sukar hendak dijangkau, pasukan outreach PKD sedang berusaha membantu mevaksinkan mereka, katanya.

Dr Siti Mariah berkata bagi penjawat awam pula, berdasarkan data daripada 43 jabatan dan agensi sehingga 16  November lepas, jumlah penjawat awam yang masih belum menerima vaksin COVID-19 hanya seramai 132 orang iaitu 0.59 peratus daripada 22,314 penjawat awam di Selangor. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad