web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


VTL Darat Esok, Terminal Larkin Buat Persiapan Akhir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2021 2:25PM

Kerja-kerja persiapan dilakukan di Terminal Bas dan Pengangkutan Awam Larkin Sentral sempena perasmian pembukaan sempadan VTL darat melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua, esok. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pihak pengurusan Terminal Bas dan Pengangkutan Awam Larkin Sentral melakukan persediaan yang rapi untuk menerima pengembara Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Darat mulai esok.

Pengurus Bangunan Larkin Sentral, Mohd Helmi Mohd Affendi berkata ia bagi memastikan pelepasan pengembara VTL darat daripada Malaysia melibatkan seramai 1,440 orang dengan 32 perjalanan sehari, berjalan dengan lancar.

Beliau berkata perjalanan bas pertama esok daripada terminal itu menuju ke Queen Street Singapura adalah pada pukul 7.30 pagi manakala bas pertama daripada republik berkenaan dijangka tiba di terminal itu pada 9.20 pagi.

“Setiap bas akan tiba dalam masa berselang antara 15 hingga 30 minit dan bas terakhir adalah pada pukul 8.30 malam, manakala bas terakhir daripada Singapura pula pada pukul 9.30 malam.

“Saya dimaklumkan tiket daripada Singapura ke Malaysia habis terjual tetapi penjualan tiket dari sini untuk minggu pertama tidak, mungkin kerana rakyat Singapura terkandas di Malaysia sedikit, tetapi kita jangka minggu kedua atau ketiga nanti kita akan kendali lebih ramai penumpang,” katanya kepada pemberita ketika tinjauan persiapan terakhir di terminal itu, di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan kesemua pengembara akan ditempatkan di ruang menunggu di pintu tiga dan empat terminal itu yang boleh menampung seramai 90 individu dan setiap bas boleh menempatkan seramai 45 penumpang.

Mohd Helmi berkata kesemua penumpang dinasihatkan untuk tiba satu jam lebih awal mengikut waktu pelepasan masing-masing dan perlu memastikan segala dokumen lengkap.

“Pada hari pelepasan, pihak syarikat bas akan memeriksa sama ada vaccination travel pass (VTP) mereka valid atau tidak, serta keputusan ujian COVID-19 yang dibuat dua hari sebelum berlepas dan dokumen lain,” katanya.

Sementara itu beliau berkata pengembara yang menaiki bas daripada Queen Street Singapura dan tiba ke terminal itu juga akan menjalani on arrival test (OAT) COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Jika keputusan negatif COVID-19, mereka boleh terus keluar daripada terminal, namun sekiranya positif mereka akan dibawa oleh pihak KKM untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dan rakan sejawatannya di Singapura, Lee Hsien Loong, dijangka melancarkan hari pertama VTL darat, esok. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad