web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perbincangan Pampasan Kekal Hutan Simpan Antara Pahang, Kerajaan Persekutuan Dimulakan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2021 6:16PM

Wan Rosdy (kiri) menyampaikan replika kunci kepada penerima Rumah Rakyat Pahang di Kampung Cenderawasih, Kuantan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kerajaan Pahang sudah memulakan perbincangan dengan kerajaan Persekutuan bagi memuktamadkan jumlah pampasan yang layak diterima berikutan usaha kerajaan negeri mengekalkan kawasan hutan simpan. 

Perbincangan itu adalah susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hujung minggu lalu mengenai persetujuan kerajaan Persekutuan memberikan sejumlah pampasan kepada Pahang. 

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan, pertemuan pertama bagi membincangkan perkara itu diadakan Selasa lalu di Putrajaya. 

"Kita sudah menyatakan hasrat kerajaan Pahang berkaitan perkara ini dan perjumpaan (perbincangan) juga sudah dimulakan, cuma setakat ini (jumlah pampasan) masih belum diputuskan. 

"Perkara ini (pampasan) adalah sangat wajar memandangkan 57.07 peratus daripada 3.6 juta hektar keluasan negeri Pahang tidak diusik dan dikekalkan sebagai hutan simpan,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan Rumah Rakyat Pahang di Kampung Cenderawasih, di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda. 

Wan Rosdy berkata, Pahang kehilangan hasil apabila aktiviti pembalakan atau perlombongan sumber mineral di kawasan terbabit tidak dibenarkan, tetapi tetap mengekalkan hutan simpan kerana ia memberi pelbagai manfaat, khususnya bekalan sumber air kepada negeri jiran.

Ahad lalu, Ismail Sabri ketika berucap dalam satu majlis di Bera memaklumkan, kerajaan akan mencari formula terbaik bagi menilai jumlah pampasan yang dapat memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan tidak membebankan kerajaan Persekutuan. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin pada Isnin turut menyuarakan kewajaran untuk Pahang menerima pampasan daripada kerajaan Persekutuan. 

Beliau mencadangkan jumlah pampasan layak diterima Pahang melebihi RM150 juta setahun dan perlu diberi pertimbangan segera oleh kerajaan dan Kementerian berkaitan. – Getaran, 26 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad