Berita Terkini

18 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


VT-Land Terima Rungutan, SOP Terlalu Leceh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2021 5:41PM

Laman sesawang syarikat pengangkutan bas Transtar Travel menunjukkan tiket sehingga 25 Disember telah habis dijual. - Gambar dari Facebook Transtar Travel ​

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dalam tempoh tiga hari sahaja lagi, rakyat Malaysia dan Singapura yang terpisah dengan keluarga akibat pandemik COVID-19 boleh bertemu semula dengan orang tersayang menerusi inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Laluan Darat (VTL-Land) antara kedua-dua negara.

Namun, inisiatif berkenaan yang akan bermula Isnin ini dihadkan kepada pengangkutan bas dengan kuota harian kira-kira 2,880 penumpang sehari dalam fasa pertama.

Buat masa ini, VTL-Land menggunakan laluan tambak hanya dibuka kepada rakyat, penduduk tetap (PR) atau pemegang pas jangka panjang dari kedua-dua negara.

Jumlah itu merangkumi hingga 1,440 rakyat, PR atau pemegang pas jangka panjang Singapura yang dibenarkan masuk ke republik ini setiap hari serta 1,440 rakyat, PR atau pemegang pas jangka panjang Malaysia.

Kapasiti kemasukan pula akan disemak setiap minggu bergantung kepada keadaan semasa pandemik COVID-19.

Walaupun inisiatif tersebut dilaksanakan untuk melancarkan pergerakan merentas sempadan tanpa kuarantin, ramai pengembara meluahkan kekecewaan mereka di media sosial di sebalik berita gembira itu.

Majoriti mereka masih mengharapkan agar perjalanan ulang alik harian tanpa sebarang syarat akan dimulakan tidak lama lagi.

“Tak ada maknanya VTL ini. Rakyat Malaysia yang kerja di Singapura masih belum lagi boleh ulang alik setiap hari, sedangkan ribuan rakyat Malaysia dah dua dan tiga dos vaksin.

“Nak balik under VTL pun kena keluarkan kos yang banyak dan cuti panjang. Banyak company hanya bagi 14 hari sahaja cuti. Harap kerajaan bincang untuk ulang alik setiap hari,” kata Mohd Fadzly.

Seorang lagi pengguna Facebook, Mohd Azli Rasid turut menyifatkan VTL-Land hanya memberi kelebihan kepada pengembara yang tidak perlu menjalani kuarantin atau Notis Duduk Rumah (SHN) jika melepasi ujian COVID-19.

“VTL ini bukannya pekerja boleh ulang alik, ia lebih kurang sama je dengan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA), kena apply cuti.

“Kelebihan tanpa kuarantin sahaja, lagi pening nak book tiket nak selaraskan dengan tarikh cuti. Kalau PCA pula boleh je guna motor tapi ia tetap satu perkembangan yang lebih baik,” katanya.

“Ulang alik Johor Bahru (JB) – Singapura – JB masih belum boleh lagi, macam dulu-dulu naik motor kereta sendiri. VTL untuk Singaporean balik Singapore dan Malaysian balik JB,” kata pula Maximus.

“Tajuk memang sedap didengar, tapi khabarnya ia bukan untuk pekerja Malayia boleh ulang alik guna motosikal. Perlu mohon cuti ikut pada kuota juga dan perlu guna pengangkutan awam yang disediakan. Cuma kelebihan tanpa kuarantin je,” kata seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mat Liming.

Larangan untuk berulang-alik itu turut dipersoalkan seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Izzah Nazali.

But then still bukan ulang alik kan? Sekadar balik apply cuti mana cukup untuk spend dengan family berbanding ulang balik. Dua tahun berpisah dengan anak, apply leave 14 hari tak cukup untuk spend time. Nanti berpisah semula balik,” katanya menerusi satu ciapan.

Sejumlah besar pengembara juga hanya mampu menggigit jari apabila tiket bas yang ditawarkan untuk tempoh 30 hari akan datang habis dijual.

“Tiket already sold out for month of December,” keluh Yen Ahmad.

I cannot book ticket, how to book?” soal Tan Yoke Soon.

Ada juga mendakwa mereka tidak dapat mengakses laman web Transtar, antara dua syarikat yang menawarkan perjalanan ulang alik antara Singapura dan Johor sejak awal pagi semalam.

Tinjauan Getaran di laman sesawang www.transtar.travel mendapati pengguna terpaksa menunggu giliran untuk mengakses laman web syarikat tersebut.

“Kami mengalami jumlah pengguna yang tinggi dan telah menempatkan anda di dalam bilik menunggu secara maya.

“Anda akan dibenarkan masuk ke portal pembelian tiket bas apabila slot tersedia. Sebagai alternatif, anda boleh kembali kemudian,” kata syarikat itu di laman sesawang mereka.

Dalam pada itu, tinjauan di laman sesawang sebuah lagi syarikat bas Singapura yang menyediakan VTL-Darat, Handal Indah (juga dikenali sebagai Causeway Link) turut hampa apabila tiada bas tersedia selama tempoh 30 hari yang ditawarkan bagi perjalanan dari Singapura ke Terminal Bas Larkin Sentral (Larkin Sentral).

Di bawah peraturan ditetapkan, pengembara yang memasuki Malaysia menerusi VTL darat turut perlu mengambil Ujian Rapid Antigen (ART) atau ujian Reverse Transcriptase-​Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dalam tempoh dua hari sebelum berangkat tetapi mereka perlu menjalani ujian juga apabila tiba di Terminal Bas Larkin Sentral.

Pengembara yang memasuki Singapura pula perlu menunjukkan keputusan negatif dalam ART atau RT-PCR dalam tempoh dua hari sebelum berangkat.

 Arahan berkenaan turut dipertikaikan segelintir pengembara yang menyifatkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan untuk memasuki kedua-dua negara sebagai terlalu leceh.

Swab test je dah makan beratus. Going back to JB is not the same anymore,” kata Nur Juyani.

Kuota pun tak banyak, beratus ribu yang menunggu nak balik hanya seribu lebih yang dapat balik. Sila tunggu giliran lagi na,” kata Jue Juju.

“Ini semua akan buat duit sahaja untuk dua negara. Orang dah menghadapi kesusahan dan lagi kena belanja duit lagi. Biasanya tiket bas hanya SG1 tapi sekarang SG15,” kata Alan Ce Foo.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai VTL-Land, sila layari laman sesawang https://www.safetravel.ica.gov.sg/ dan https://www.miti.gov.my - Getaran, 26 November 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 13 jam yang lalu

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Semasa 21 jam yang lalu

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

Semasa 16 jam yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP