web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jelaskan Status Golongan Berisiko Tinggi Dalam Program Imunisasi - AMM

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2021 8:25AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Akademi Perubatan Malaysia (AMM) menggesa kerajaan memberi pencerahan berhubung kedudukan kumpulan berisiko tinggi dalam senarai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menurut kenyataan kumpulan pakar perubatan itu, proses pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera tidak memaklumkan wanita hamil dan pesakit imunosupresi akan status risiko mereka.

“Aplikasi itu juga gagal menyediakan maklumat untuk mendidik mereka yang memiliki komorbiditi tentang vaksin COVID-19 yang mempunyai kaitan dengan keadaan mereka.

“Kami menggesa kerajaan agar mengemas kini aplikasi itu dengan maklumat yang boleh membantu pesakit mendapatkan vaksin berdasarkan kumpulan risiko mereka,” kata AMM hari ini.

AMM berkata strategi imunisasi negara perlu bersifat inklusif dan melengkapkan kumpulan berisiko tinggi dan rentan dengan maklumat bagi membolehkan mereka membuat keputusan yang bijak.

“Memandangkan kumpulan penghidap imunosupresi meliputi pelbagai masalah kesihatan, setiap pasukan perubatan bagi kumpulan yang berkenaan perlu menjalankan penilaian risiko dan faedah yang turut merangkumi masa terbaik serta pelan rawatan yang dapat memperkasakan mereka untuk mendapatkan vaksinasi,” kata AMM. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran