web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sotong, Ikan Siakap Ambil Alih Menara KOMTAR, Dataran Lang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 8:03PM

Dataran Lang ditukar kepada ikan siakap kerana isu tular mengenai hidangan mahal di sebuah restoran di Pulau Langkawi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas tular isu sotong kayangan berharga RM100 untuk dua ekor di George Town, Pulau Pinang, usikan ‘nakal’ netizen kembali lagi dengan mencipta dua poster yang melambangkan identiti kedua-dua negeri terbabit.

Pemerhatian Getaran mendapati, mereka memuat naik poster Datarang Lang, Langkawi yang sudah imejnya ditukar dengan seekor ikan siakap, manakala Menara Kompleks Tuanku Abdul Rahman (KOMTAR) pula berlatar belakangkan dua ekor sotong Apollo.

Imej terbabit meski menggelikan hati, nyata mengandungi sindiran mendalam, yang ditujukan khas kepada semua peniaga terlibat.

Pemilik akaun Sudan Ramli berkata, orang ramai diharapkan jangan terkejut apabila melihat KOMTAR sudah berubah wajah.

“Nah, jangan terkejut lepas ini lalu jambatan pulau pinang, pasti nampak sotong Apollo dari situ,” katanya.

Bagunan KOMTAR ditukar menjadi sotong kerana isu tular juadah makanan laut itu yang mahal.
Bagunan KOMTAR ditukar menjadi sotong kerana isu tular juadah makanan laut itu yang mahal.

Seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ahmad Tarmizi berkata, harga nasi kandar yang mahal adalah lumrah di Pulau Pinang.

“Normal la kan nasi kandaq mahal hoho, nasi dengan ikan goreng seketoi pon RM7-RM8, apa ada haii, kami hari-hari ja panah nasi kandaqqq haha,” katanya.

Kisah sotong ‘kayangan’ itu tular apabila resit juadah berkenaan yang dijual Restoran Hameediyah di George Town, Pulau Pinang dipaparkan seorang lelaki di Facebook.

Turut tertera pada resit ialah sepinggan nasi beriani kosong berjumlah RM4.50, nasi putih (RM1.50), dua biji telur masin (RM2), papadom (RM3) dan timun (RM2).

Sebelum ini, tular dalam media sosial gambar resit menunjukkan sekumpulan individu terpaksa membayar sebanyak RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat 7.48 kilogram. - Getaran, 25 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Selera 4 tahun yang lalu

Salutan Emas, Rasai Durian Ala Kayangan Di Bukit Bintang!

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Tiada DNA Babi Dalam Sampel Sotong Ring Sejuk Beku - KPDNHEP

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Calamari Ring Daripada Dubur Babi, Usah Haramkan Yang Halal

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Pelanggan Siakap ‘Kayangan’ Nafi Dakwaan Pemilik Restoran, Sedia Kerjasama Dengan KPDNHEP

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad