web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelanggan Siakap ‘Kayangan’ Nafi Dakwaan Pemilik Restoran, Sedia Kerjasama Dengan KPDNHEP

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 7:07PM

Sebahagian daripada potongan ikan yang dihidangkan kepada Muhammad Faris.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu siakap ‘kayangan’ terus memasuki episod baharu apabila salah seorang pelanggan tampil menafikan beberapa dakwaan dibuat pemilik restoran tersebut.

Pelanggan dikenali sebagai Muhammad Faris Zulkarnain itu sebelum ini pernah berkongsi kisahnya yang terpaksa membayar RM1,196.80 bagi menikmati hidangan seekor siakap seberat lebih tujuh kilogram (kg).

Menerusi hantaran terbaharunya, pemuda tersebut menyifatkan dakwaan pemilik restoran berkenaan sebagai mengelirukan kerana situasi sama turut dilalui beberapa pelanggan lain.

“Kami ingin tegaskan bahawa tiada pemakluman berulang kali bahawa ikan tersebut adalah ikan pameran dan selalunya tidak dijual kepada pelanggan.

“Begitu juga dengan makluman tentang ikan tersebut yang sudah berusia 11 tahun. Kami juga tidak diberitahu tentang berat ikan yang mencecah tujuh kilogram,” katanya.

Jelas Muhammad Faris, mereka turut tidak dimaklumkan pihak restoran bahawa ikan tersebut bersaiz mega.

“Saiz ikan yang ditunjukkan kepada kami (dengan anggaran tangan) sewaktu memaklumkan besar ikan tersebut amatlah berbeza dengan apa ditunjukkan kepada media.

“Tiada juga ajakan daripada mereka untuk menangkap dan melihat ikan tersebut. Kami juga ingin menafikan yang kami bersungguh-sungguh mahukan ikan tersebut,” katanya.

Berikutan kenyataan mengelirukan itu, Muhammad Faris berkata pihaknya sudah membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan bersedia membantu siasatan.

“Kami bersedia sekiranya perlu memberikan penjelasan tambahan ataupun kepada pihak berwajib yang lain.

“Pihak kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkaitan sehingga kes ini diselesaikan,” katanya.

Lelaki tersebut turut meluahkan harapan untuk melihat penjelasan terbaru itu merungkai segala persoalan yang timbul, selain keinginan untuk insiden tersebut menjadi pengajaran kepada orang ramai.

“Diharapkan kita semua dapat berhenti daripada memberi komen berlebihan apatah lagi yang berbaur fitnah, kecaman, kejian dan penghinaan kepada mana-mana pihak sekali pun.

“Biarlah pihak yang berwajib menjalankan tugas dan siasatan dengan teliti,” katanya.

Dalam hantaran tersebut, Muhammad Faris turut berkongsi pautan enam individu yang mendakwa turut ‘terkena’ ketika berkunjung di restoran sama.

Sebelum ini, seorang petugas restoran, Norasyikin Musa mendakwa ikan bersaiz mega itu adalah pilihan pelanggan sendiri, walaupun sudah diberitahu ia bersaiz mega.

Jelasnya, dia turut meminta pelanggan tersebut melihat sendiri ikan itu sebelum dimasak tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian.

Pada masa sama, Norasyikin berkata harga bagi ikan siakap tersebut juga sudah dinyatakan di dalam menu iaitu RM16 bagi setiap 100 gram (g). - Getaran, 8 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Jelajah 9 bulan yang lalu

Percutian Merentasi Masa, Perlahan Di Temple Tree Resort, Langkawi

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad