web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen Perlu Diberi Peruntukan Adil - Anwar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 4:37PM

Anwar ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta memberikan peruntukan adil dan setara kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti, khususnya pembangkang bagi memastikan kelancaran pengurusan hal kebajikan rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu harus diberikan sama ada perkara berkenaan dimeterai atau tidak di bawah mana-mana persefahaman.

Katanya, kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diminta tidak mengulangi kebejatan dan kesilapan kepimpinan terdahulu yang menidakkan peruntukan berkenaan, malah gagal memahami serta menegakkan perkara paling asas itu.

“Saya selaku Ketua Pembangkang secara konsisten dari awal, memang memohon supaya peruntukan sama diberikan kepada semua pembangkang walaupun perkara itu tidak terikat dengan memorandum ini kerana tidak dipersetujui pihak kerajaan,” katanya.

Anwar berkata demikian pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-14 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada mesyuarat sama, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, pihaknya turut menekankan beberapa perkara utama dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Mengenai Transformasi dan Kestabilan Politik Kerajaan Persekutuan dengan PH yang ditandatangani 13 September lalu.

Jelasnya, antara perkara utama ditekankan itu, adalah meminta supaya Perjanjian Malaysia 1963 diluluskan dalam sesi kali ini.

“Saya mendapat jaminan daripada Perdana Menteri semalam, bahawa perkara ini akan diusahakan sebaik mungkin.

“Begitu juga Undi18 yang menyaksikan ada masalah teknikal kedudukan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan soal teknikal ini tidak boleh dilengahkan, maknanya harus diluluskan pada sesi ini juga, makna bulan Disember,” katanya.

Mengulas lanjut Anwar berkata, berhubung undang-undang antilompat parti, beliau memahami bahawa wujud beberapa permasalahan mengenai peruntukan itu yang membuatkannya tidak dapat diluluskan dalam sesi ini disebabkan draf belum diselesaikan, meskipun terdapat tiga wakil daripada PH dan kerajaan bekerjasama untuk menyegerakannya.

“Perkara lain dibangkitkan PH dalam libat urus bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, termasuk meminta kerajaan menyalurkan peruntukan tambahan RM45 bilion untuk pengurusan COVID-19.

“PH juga meminta RM10 bilion disalurkan untuk tabung kemiskinan langsung kepada rakyat miskin dan mendesak pemberian moratorium bank diteruskan kerana hal ini tidak boleh ditolak ansur,” katanya. - Getaran, 25 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

2

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

3

Luar Negara 6 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar