web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Alexander Nafi Gesa Rakyat Makan Itik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 11:13AM

Alexander Nanta Linggi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menafikan beliau menggesa pengguna memakan itik sementara menunggu kerajaan terus mengkaji kenaikan harga ayam.

Beliau turut menegaskan tidak pernah mengeluarkan kenyataan bergambar yang tidak sensitif, seolah-olah mempersendakan rakyat dalam kesusahan seperti dakwaan tular di media sosial itu.

Katanya, sebagai individu berasal dari kawasan pedalaman di Kapit, Sarawak, isu kesusahan rakyat sememangnya amat dekat di hati beliau dan sudah tentu bukan perkara yang boleh dipermainkan.

“Saya dan semua warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) amat mengambil serius isu kenaikan harga barangan yang menekan rakyat.

“Sebagai menteri, tentunya saya sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian bagi isu seumpama ini, tetapi usaha berkenaan memerlukan sedikit masa kerana melibatkan pelbagai kementerian dan agensi lain sebelum kerajaan dapat memberikan satu penyelesaian yang memberi manfaat kepada semua pihak terbabit,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Alexander berkata, isu kenaikan harga barangan bukan sahaja membelenggu Malaysia, malah sememangnya penduduk dunia.

Keadaan itu, jelasnya, kesan daripada penularan pandemik COVID-19 yang melumpuhkan aktiviti ekonomi sejak sekian lama.

Justeru, beliau memohon kepada semua pihak supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan menyebarkan perkara berunsur fitnah seperti itu.

Sebelum ini, tular satu kenyataan memaparkan wajah Alexander dengan ayat tertera ‘kerajaan gesa pengguna makan itik dahulu sementara kerajaan terus mengkaji kenaikan harga ayam - menteri’.

Kenyataan tular itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen. - Getaran, 25 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol Aidilfitri: Kerajaan Akan Umum Masa Terdekat - Nanta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KKR Sahkan Jejambat SPE Tidak Retak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Pertahan Harga Barangan Keperluan, Jauh Lebih Rendah Berbanding Dulu

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad