web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MAINS Salur RM81.8 Juta Zakat Sejak Januari-Oktober 2021

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 8:25AM

MAINS menyampaikan bantuan mesin oksigen kepada sepasang suami isteri yang mengalami kesukaran bernafas selepas pulih dari COVID-19 di Seremban. - Gambar dari Facebook MAINS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mengagihkan sebanyak RM81.8 juta dana zakat kepada asnaf termasuk fakir, miskin dan mualaf di Negeri Sembilan sejak Januari hingga Oktober lepas. 

Pengerusinya, Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir berkata selain dana zakat, MAINS juga turut menyalurkan bantuan hemodialisis serta pendidikan membabitkan peralatan komputer riba dan tablet kepada golongan berkenaan.

“Dalam tempoh sama juga, MAINS menerusi Jabatan Zakat telah menyalurkan dana COVID-19 meliputi Bantuan Khas Tunai COVID-19 dan Bantuan Khas Makanan COVID-19 berjumlah RM8.6 juta kepada mereka yang terkesan susulan pandemik COVID-19 di negeri ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, beliau berkata MAINS menerima zakat perniagaan berjumlah RM745,209.12 daripada lima syarikat korporat bagi tahun ini.

Menurutnya, syarikat berkenaan ialah Etiqa Family Takaful Berhad dengan bayaran sebanyak  RM262,000, Etiqa General Takaful Berhad (RM240,000), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad  (RM95,335.79), FAMA Corporation Sdn Bhd (RM83,914.33) dan Rural Capital Berhad (RM63,959). - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar