web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dos Penggalak Sebagai Syarat Lengkap Divaksin Wajar Dilakukan - Pakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2021 6:02PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan yang mungkin mempertimbangkan ‘Pelan B’ iaitu menjadikan suntikan dos penggalak COVID-19 sebagai syarat seseorang individu itu lengkap divaksinasi wajar dilakukan.

Menyokong saranan tersebut, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat berkata, pelan tersebut perlu dilakukan jika jumlah pengambilan pelalian tersebut kekal rendah.

“Memandangkan pendekatan pertama iaitu pujuk, galak dan rayu saya nampak tak berapa berkesan, jadi mungkin terdapat keperluan menjadikan status vaksin lengkap kepada penerima dos penggalak.

“Lebih-lebih lagi apabila statistik menunjukkan peningkatan kes harian, kadar kematian dan kemasukan ke hospital melibatkan pesakit yang sudah menerima suntikan dos kedua sebelum ini,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Malah katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menjalankan pelbagai pendekatan untuk mewujudkan kesedaran dan mendidik masyarakat mengenai kepentingan vaksin dan juga dos penggalak tetapi jumlah pengambilannya masih rendah.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, pendekatan awal perlu dilakukan untuk mewujudkan kesedaran, menerapkan pendidikan kesihatan kepada masyarakat tentang kepentingan vaksin dan dos penggalak.

“Saya melihat KKM menjalankan pelbagai langkah untuk tujuan itu. Hakikatnya ada golongan anti vaksin yang kata penat dengar hari-hari dalam televisyen mengenai dos penggalak tapi pengambilannya masih rendah. Jadi pada saya ‘Pelan B’ itu wajar dilakukan,” katanya.

Pada masa sama beliau berpendapat, kesan sampingan selepas suntikan dos penggalak tidak sepatutnya dijadikan sebagai alasan untuk menolak pengambilan pelalian tersebut.

Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat
Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat

“Kesan sampingan ini memang akan diberitahu sebelum pemberian setiap dos vaksin, memang tak jadi isu.

“Sekarang ramai beranggapan kesan sampingan dos penggalak lebih teruk tapi ini tidak benar.

“Saya sendiri sudah ambil dan kesan sampingan hanya sedikit kesan sakit di tempat suntikan. Terlalu banyak berita yang tidak benar, buat orang ramai panik. Saya rasa kesan samping ini memang akan direkodkan jika ada,” katanya.

Dr Halimatus Sakdiah berkata, setiap individu akan menerima kesan sampingan berbeza tetapi secara keseluruhannya suntikan dos penggalak tidak memberikan kesan sampingan yang serius.

“Sebagai contoh, majoriti hanya mengalami demam ringan dan sakit di tempat suntikan. Jadi perlu tengok gambaran atau maklum balas secara keseluruhan,” katanya.

Susulan itu, beliau menyarankan orang ramai yang mendapat janji temu pemberian dos penggalak COVID-19 untuk hadir dan menerima suntikan mereka.

Katanya, individu yang sudah melepasi tempoh enam bulan ditetapkan KKM dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk pengambilan dos penggalak, berdepan risiko terdedah kepada jangkitan lebih serius sama seperti individu belum divaksin.

“Keputusan yang bijak perlu diambil dalam mempertimbangkan risiko terkena jangkitan serius sehingga menyebabkan kemasukan ke hospital atau Unit Rawatan Rapi (ICU) berbanding kesan sampingan selepas suntikan dos penggalak.

“Tepuk dada, tanya selera. Dengan ‘Pelan B’ yang disarankan KKM, saya rasakan mereka yang tidak menerima dos penggalak akan mempunyai limitasi dalam kebanyakan aktiviti sosial sebagaimana diberikan kepada mereka yang sudah lengkap divaksin,” katanya.

Bagi memastikan ‘Pelan B’ itu mencapai sasarannya, Dr Halimatus Sakdiah berpendapat KKM perlu menyediakan dos penggalak secukupnya kepada individu yang layak.

“Saya bimbang nanti akan berlaku situasi ‘berebut-rebut’ untuk mendapatkan dos penggalak ini. Bila tak cukup orang ramai akan marah.

“Jadi KKM kena sediakan dos penggalak yang secukupnya untuk mengelak insiden tersebut,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu temu bual bersama sebuah akhbar berbahasa Inggeris memaklumkan orang ramai mungkin perlu mendapatkan suntikan dos penggalak COVID-19 sebagai syarat telah divaksin sepenuhnya.

Katanya, ini merupakan salah satu daripada beberapa pilihan yang sedang diteliti jika pengambilan suntikan penggalak kekal rendah dan untuk mencegah gelombang jangkitan baharu di negara ini. - Getaran, 23 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad