web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bicara Kes Rasuah Ahmad Zahid Hanya 30 Minit, Peguam Sakit Gout

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 4:10PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini hanya berlangsung kira-kira 30 minit berikutan peguam yang mewakilinya mengalami sakit gout.

Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid memaklumkan kepada mahkamah bahawa pergelangan kakinya bengkak disebabkan gout, namun beliau bersedia untuk menyambung hujahan hari ini.

“Saya tidak menyangka akan diserang (mendapat) gout, saya mengalami sakit yang amat sangat dan saya ada temu janji dengan doktor pada 1.30 tengah hari,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum berhujah dalam perbicaraan di akhir kes pendakwaan Ahmad Zahid, yang berdepan 47 pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB).

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian mengarahkan Hamidi untuk memulakan hujahannya dan meminta peguam itu memaklumkan kepada mahkamah jika beliau berasa tidak selesa dan sakit.

Selepas berhujah kira-kira 20 minit dalam keadaan berdiri, Hamidi kemudian meminta untuk duduk dan berehat kerana sakit yang dialaminya.

Namun, ketika sesi penghujahan bersambung, peguam itu memohon prosiding ditangguhkan kerana beliau tidak mampu untuk menahan kesakitan walaupun Hakim Sequerah membenarkannya duduk ketika berhujah.

“Saya rasa tidak mampu meneruskan hujahan pada peringkat ini. Saya mohon untuk menangguhkan kes hari ini kerana ketika ini saya sakit," kata peguam itu.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran tidak membantah permohonan pembelaan untuk mendapatkan rawatan.

Hakim Sequerah kemudian membenarkan permohonan Hamidi dan menetapkan perbicaraan bersambung Rabu ini.

Terdahulu, Hamidi dalam hujahannya berkata Ahmad Zahid tidak boleh dituduh melakukan pecah amanah kerana jutaan ringgit yang telah dikeluarkan daripada YAB sebenarnya telah dimasukkan ke dalam akaun pelanggan firma guaman.

“Wang itu masih menjadi milik YAB dan tidak dipindahkan kepada pihak ketiga yang lain,” katanya.

Hamidi juga berkata Ahmad Zahid tidak mempunyai pengetahuan mengenai pengeluaran jumlah cek daripada dana YAB kerana bekas Setiausaha Eksekutifnya, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly mempunyai kawalan dan penguasaan terhadap cek-cek itu.

“Beliau (Mazlina) menggunakan cap tandatangan untuk mengeluarkan cek. Kami mendapati dia cuai, dia tidak tahu bagaimana cek dan kad kredit berfungsi. 

“Kami menegaskan bahawa tiada siapa yang menggunakan cap tandatangan untuk cek dan hanya digunakan untuk kad Hari Raya,” katanya.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah jenayah, lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit wang milik YAB. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad