web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Pesakit COVID-19 Masuk Hospital Meningkat - Khairy Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 3:00PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kadar kemasukan pesakit COVID-19 menunjukkan peningkatan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata kebanyakan kes membabitkan warga emas atau golongan komorbid.

“Mereka dijangkiti kontak rapat atau ahli keluarga yang membawa balik virus berbahaya itu ke rumah.

“Pakai pelitup muka dan elak tempat yang sesak,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter hari ini.

Susulan itu, beliau menggesa orang ramai yang menerima slot temu janji pemberian dos penggalak COVID-19 untuk hadir dan menerima suntikan mereka.

“Dapatkan booster bila diberi temu janji,” katanya.

Terdahulu Khairy mendedahkan, majoriti pesakit kategori empat dan lima COVID-19 dalam kalangan individu divaksin yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dari Minggu Epidemiologi (ME) Ke-35 hingga 45 adalah penerima vaksin jenis Sinovac.

Malah katanya, data kemasukan mingguan kategori empat dan lima ke hospital tersebut menunjukkan peningkatan ketara bagi penerima vaksin Sinovac berbanding Pfizer dan AstraZeneca.

“Disebabkan itu, kami mahu anda mengambil apa sahaja dos penggalak yang ditawarkan,” katanya.

Beliau berkata, sela masa bagi pemberian dos penggalak untuk penerima vaksin primer jenis Sinovac lebih pendek berbanding vaksin jenis lain.

“Mengapa sela (masa) dos penggalak yang lebih pendek untuk Sinovac iaitu tiga bulan berbanding Pfizer atau AstraZeneca (enam bulan)?

“Walaupun Sinovac berkesan, terdapat bukti keberkesanannya berkurangan lebih cepat,” katanya.

Bermula hari ini, individu yang layak menerima dos penggalak dan mereka yang ingin mendapatkan suntikan secara lebih awal sebelum temu janji boleh membuat pendaftaran secara walk-in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.

Selain pendaftaran secara walk-in ke PPV fasiliti kesihatan swasta, pendaftaran juga boleh dilakukan melalui telefon dan juga e-mel.

Orang ramai boleh merujuk dan menghubungi senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan walk-in, telefon dan e-mel untuk daftar temu janji melalui laman sesawang www.protecthealth.com.my bermula hari ini.

Semalam, jumlah kes baharu COVID-19 mencatatkan penurunan dengan 4,854 kes berbanding 5,859 kes kelmarin. - Getaran, 22 November 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad