web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MOTAC, MOF Kenal Pasti Dana Sesuai Bantu Persatuan Kebudayaan Beroperasi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2021 3:52PM

(Dari kiri) Wan Rosdy, Ismail Sabri dan Nancy bercakap dengan wartawan di sidang media Majlis Penutup Program Merakyatkan Seni Budaya Komuniti Keluarga Malaysia ‘Hogoh Bera 2021’ di Dewan Utama FELDA Kumai hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Kementerian Kewangan (MOF) mengadakan perbincangan bagi mewujudkan dana untuk membantu persatuan kebudayaan di negara ini.

Beliau berkata, kebanyakan persatuan kebudayaan berdepan kesukaran untuk menjalankan aktiviti mereka berikutan kekangan dana hingga mengakibatkan banyak kesenian dan kebudayaan semakin dilupakan generasi muda.

“Lebih banyak program kebudayaan perlu dilakukan di peringkat daerah sebagai acara mingguan, jadi perlu tempat khusus untuk memudahkan penggiat seni budaya membuat persembahan mereka.

“Sebagai contoh di Bera, kita ada Dataran Kerayong dan persatuan kebudayaan daerah dengan kerjasama majlis daerah, boleh mengaturkan acara (persembahan) setiap Jumaat malam Sabtu, atau Sabtu malam Ahad setiap minggu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penutup Program Merakyatkan Seni Budaya Komuniti Keluarga Malaysia ‘Hogoh Bera 2021’ di Dewan Utama FELDA Kumai, dekat sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, MOTAC dan MOF sudah diminta melihat perkara ini dan mencari jalan untuk membantu persatuan kebudayaan bagi meneruskan aktiviti mereka supaya tidak dilupakan generasi muda.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pada majlis itu, seramai 22 penggiat seni menerima Bantuan Prihatin Penggiat Seni, Insentif Seni seramai sembilan penerima, lima penerima Anugerah Penggiat Seni dan seorang penerima Anugerah Khas Seni.

Sementara itu, Nancy dalam ucapannya memaklumkan, MOTAC dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang sedang melakukan siri kajian membabitkan kesenian negeri ini.

“Selain memberikan latihan serta mengadakan sesi libat urus bersama badan bukan kerajaan (NGO), kerajaan negeri dan badan korporat membabitkan aktiviti seni dan budaya, kita juga sedang melakukan kajian berkaitan antaranya perantisan seni silat kura-kura, tarian gamelan, tarian labi-labi dan seni silat lenggang mak janda.

“MOTAC juga sentiasa komited dan menyokong penuh segala aktiviti sektor pelancongan dan kebudayaan, tidak kira ia dilaksanakan jabatan atau agensi di bawah Kementerian atau organisasi luar,” katanya. - Getaran, 21 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar