Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Khairy Langgar Arahan Kempen Hari Mengundi?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 2:00PM

Tangkap layar dari Instagram Khairy menunjukkan poster yang dimuat naik di 'Insta Storynya' mengajak pengundi PRN Melaka memilih BN.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Meskipun tempoh berkempen ditetapkan sehingga jam 11.59 malam tadi dan tindakan itu dilarang pada hari pengundian, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilihat seolah-olah tidak mematuhi peraturan berkenaan.

Peraturan Seksyen 26 Akta Kesalahan Pilihan Raya menggariskan batasan di hari mengundi, termasuk melarang sebarang kempen di hari terbabit.

Tinjauan di Instragram Ahli Parlimen Rembau itu, mendapati beliau memuat naik poster kira-kira jam 9 pagi tadi yang meminta pengundi untuk memilih Barisan Nasional (BN).

Poster itu memaparkan imej Khairy dalam bentuk animasi yang mengucapkan selamat menunaikan kewajipan kepada pengundi Melaka dan meminta mereka mengundi parti terbabit untuk ‘kestabilan demi kemakmuran’.

Tindakan Khairy yang memiliki kira-kira 1.1 juta pengikut di media sosial itu, dianggap seperti melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

PRN Melaka diadakan selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri berkenaan mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik balik sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi menyelesaikan konflik terbabit.

ADUN itu adalah ADUN Barisan Nasional (BN) di Sungai Undang yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; ADUN Pantai Kundor (BN), Datuk Nor Azman Hassan; ADUN Pengkalan Batu (BEBAS), Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Telok Mas (BERSATU), Datuk Noor Effandi Ahmad.

Seramai 112 calon bertanding pada pilihan raya itu yang menyaksikan BN, Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH), masing-masing meletakkan calon mereka di kesemua 28 kerusi DUN, manakala Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) (5), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) (1) dan Bebas (22).

Mengikut statistik, seramai 476,037 pengundi akan menjalankan tanggungjawab mengundi pada pilihan raya itu dan sebanyak 217 pusat pengundian dibuka bermula 8 pagi tadi. - Getaran, 20 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lat Tempoh Masih Berkuat Kuasa, SPR Tiada Rancangan Laksana Kajian Semula Persempadanan

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Beberapa Kawasan Di Seremban, Rembau Dilanda Banjir Kilat

Semasa 1 hari yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

Semasa 6 jam yang lalu

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

oleh Jason Santos

Pendidikan 1 hari yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM