web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Tetap Tunai Tanggungjawab, Che Ta Mengundi Sejak 1955

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 9:53AM

Che Ta dan suami Fajar keluar membuang undi sempena PRN Melaka di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal. - Gambar oleh Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DURIAN TUNGGAL - Kali pertama Che Ta Md Som membuang undi adalah ketika Malaya melangsungkan Pilihan Raya Umumnya (PRU) yang pertama, iaitu pada tahun 1955.

Ketika itu, umurnya baru 23 tahun dan kini suri rumah yang hadir pada awal pagi di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal itu sudah berusia 89 tahun.

Usia yang sudah lanjut serta pandemik COVID-19 ternyata bukan penghalang bagi Che Ta untuk melunaskan tanggungjawabnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlangsung hari ini.

“Saya sudah mula mengundi sejak awal lagi. Sejak pilihan raya yang dibuat sebelum Merdeka.

“Saya tidak pernah terlepas untuk mengundi setiap kali ada pilihan raya,” kata Che Ta yang mempunyai 18 cucu.

Tambah Che Ta, yang menetap di Padang Keladi, di sini, dia tidak terlalu risau dengan COVID-19 kerana sudah melengkapkan dos vaksinasi seperti diarahkan kerajaan.

Suaminya, Fajar Hasan berumur 90 tahun, dan mempunyai masalah pendengaran juga hadir bersama Che Ta bagi membuang undi.

“Pakcik bangun seawal subuh tadi untuk datang mengundi. Tak boleh tak datang,” kata Fajar yang merupakan bekas pemandu di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Zahari Abd Kalil (Barisan Nasional); Sofi Wahab (Pakatan Harapan); Ja’afar Othman (Perikatan Nasional) dan Mohd Erfan Mahrila (Bebas).

Pada PRU-14, DUN Durian Tunggal dimenangi oleh Sofi Wahab yang mewakili PKR ketika itu dengan majoriti 763 undi, dengan menewaskan Ab Wahab Ab Latip (Barisan Nasional) dan Mohsin Ibrahim (PAS). - Getaran, 20 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

2

Politik 2 tahun yang lalu

ADUN Jepak Ditentukan Hari Ini, Proses Bermula 7.30 Pagi

3

Politik 2 tahun yang lalu

Pusat Pengundian Ditutup, Proses Kira Undi Bermula

4

Politik 2 tahun yang lalu

PM, Isteri Mengundi Di SK Penanti

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad