web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dendam Lama Punca Pembunuhan Along - Arjunaidi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2021 4:30PM

Arjunaidi Mohamed mengadakan sidang media di IPD Sepang, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Dendam lama merupakan antara punca pembunuhan seorang pemberi pinjaman wang atau ah long di hadapan sebuah restoran di Bandar Bukit Tinggi, 6 November lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati, kesemua 16 suspek yang terlibat berusia lingkungan 30 tahun ke atas.

"Punca sebenar ialah dendam lama antara mangsa dan suspek yang sama-sama menganggotai sebuah kumpulan kongsi gelap.

"Pihak polis juga telah membuat siasatan dari sudut penglibatan di kalangan ahli dan aktiviti kongsi gelap untuk tindakan sewajarnya," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Daerah Sepang, di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua yang terlibat merupakan ahli kongsi gelap Geng 24.

“Suspek cuba untuk melupuskan kesemua bahan bukti namun gagal dan mereka telah menunjukkan lokasi pembakaran pakaian serta senjata digunakan, yang dibuang dari Jambatan Kota ke Sungai Klang.

“Kesemua maklumat tersebut diperoleh hasil soal siasat yang dijalankan,” katanya.

Arjunaidi memberitahu, pihaknya menggunakan khidmat pasukan selam Unit Tindakan Khas, Pasukan Marin Klang dan forensik untuk  mengesan senjata digunakan.

Beliau juga memberitahu, beberapa bahan bukti lain turut ditemui sepanjang kes tersebut dalam siasatan.

"Semasa penangkapan secara berasingan itu, kami turut merampas beberapa kenderaan, antaranya kereta dari jenis Honda Aircord, Proton X70, Toyota Camry dan Toyota Vios bersama alat kawalan jauh, sehelai seluar pendek berwarna kelabu dan sehelai T-shirt yang digunakan suspek semasa kejadian serta wang tunai berjumlah RM19,198, dipercayai upah diterima untuk menetak mangsa," ujarnya lagi.

Arjunaidi berkata, pihak polis telah menahan 16 suspek termasuk lapan lelaki dan dua wanita di beberapa lokasi berasingan di sekitar Lembah Klang dan Johor.

"Tangkapan pertama telah dilakukan 6 November lalu melibatkan enam lelaki Cina di kawasan sekitar Klang dan Banting.

"Hasil daripada tangkapan itu, pihak polis berjaya mengesan beberapa lagi suspek manakala 10 November lalu, tiga lagi lelaki Cina diberkas di sebuah restoran di Bandar Baru Seri Petaling,” katanya.

Katanya lagi, tangkapan seterusnya dibuat ke atas seorang lelaki Cina dan dua wanita di sebuah rumah, juga di Bandar Baru Seri Petaling.

"Pada 11 November pula, pihak polis telah berjaya menahan empat lagi suspek lelaki berbangsa Cina, di sekitar Muar dan Segamat Johor," katanya.

Arjunaidi memberitahu, kesemua suspek telah direman selama 13 hari hingga 23 November nanti.

"Kesemua mereka akan didakwa  di bawah akta 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari 6 November lalu, seorang lelaki dipercayai along mati ditetak dengan parang selepas menjamu selera di sebuah kopitiam.

Kejadian tersebut turut disaksikan dua anak lelaki mangsa yang berusia 18 dan 10 tahun.

Mangsa yang berusia 47 tahun sempat melarikan di celah kenderaan yang diparkir, sebelum rebah dan meninggal dunia akibat kecederaan parah dialami. - Getaran, 19 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 5 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 5 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad