web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pening Ketika Harung Air, Mangsa Banjir Nyaris Lemas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2021 3:42PM

Kanak-kanan bermain di halaman rumah mereka yang dinaiki air di Kampung Tok Deh dekat Rantau Panjang, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Seorang mangsa banjir di Kampung Tok Deh, Rantau Panjang di sini berdepan detik cemas apabila nyaris lemas selepas rebah akibat pening ketika sedang mengharungi banjir di kawasan rumahnya untuk menyelamatkan diri.

Abdul Majid Ahmad, 55, berkata ketika kejadian pada kira-kira 8 malam semalam, beliau bersama isteri dan anak lelakinya terpaksa meredah air pada paras dada untuk keluar dari kawasan rumahnya ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah.

“Masa tu air dah masuk dalam rumah, kawasan luar rumah pula air dah cecah dada, jadi kami sekeluarga ambil keputusan untuk keluar ke tempat lebih selamat.

“Ketika sedang harung air, tiba-tiba saya rasa pening kerana kesejukan dan hampir pitam sehingga menyebabkan saya rebah. Mujur ketika itu anak lelaki saya Mohd Syamil, 17, sempat memaut badan saya sebelum tenggelam dibawa arus banjir," katanya kepada Bernama di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, Rantau Panjang, di sini hari ini.

Abdul Majid yang menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis berkata kawasan rumahnya sering dinaiki air kerana berada di kawasan paling rendah dan sudah menjadi kelaziman untuknya dan keluarga berpindah ke PPS SK Tok Deh setiap kali musim banjir.

Seorang lagi mangsa banjir, Kamaruddin Stapa, 53, dari Kampung Bendang Perol di sini, turut berpindah ke PPS bersama enam ahli keluarganya kerana bimbang keselamatan keluarganya berikutan hujan lebat sejak dua hari lepas sehingga menyebabkan limpahan air Sungai Golok.

"Ibu saya, Mariam Ahmad, 80, tidak boleh berjalan kerana sakit lutut dan perlu diusung ketika berpindah awal pagi tadi. Sebenarnya air mulai masuk ke kawasan rumah saya sejak kelmarin tetapi disebabkan limpahan air dari Sungai Golok yang masuk melalui longkang menyebabkan air semakin banyak di sini," katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Kampung Tok Deh mendapati beberapa kawasan jalan dari Kampung Tok Deh ke Rantau Panjang turut dinaiki air namun masih boleh dilalui kenderaan ringan.

Setakat 2 petang ini, bilangan mangsa banjir di PPS SK Tok Deh kekal 31 orang daripada enam keluarga manakala menurut portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran, hanya Sungai Golok di Rantau Panjang merekodkan paras amaran dengan bacaan 8.66 meter. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar