Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRN Melaka, Komuniti Orang Asli Serik Janji Manis Calon YB

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 12:16PM

Ahmad Salleh serik dengan permainan ahli politik, menjanjikan bulan dan bintang kepada kaum Orang Asli Temuan. - Gambar oleh Mustaffa Kamal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JASIN - “Setiap kali mahu menagih undi kami, barulah nampak batang hidung di kampung ini,” kata Tok Batin Kampung Orang Asli Air Dusun Tebong, Machap Jaya, Melaka, Ahmad Salleh.

Itulah luahan Ahmad, 62, yang serik dengan permainan ahli politik, menjanjikan bulan dan bintang kepada kaum Orang Asli Temuan di perkampungan berkenaan setiap kali menjelang pilihan raya di Melaka.

Bagaimanapun dia mengakui, kehadiran calon wakil rakyat baharu di Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit adalah kesempatan terbaik untuk membuat permohonan berhubung isu kemaslahatan Orang Asli di kampungnya.

Kerja-kerja pembersihan longkang di Kg Orang Asli Air Dusun Tebong sedang dijalankan. - Gambar oleh Mustaffa Kamal
Kerja-kerja pembersihan longkang di Kg Orang Asli Air Dusun Tebong sedang dijalankan. - Gambar oleh Mustaffa Kamal

Katanya, antara isu yang dibangkitkan ketika kehadiran calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di DUN tersebut adalah masalah perparitan dan perumahan yang sekian lama membelenggu kehidupan masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan.

“Masalah perparitan di kampung ini sebenarnya sudah berlarutan terlalu lama, namun tidak pernah diselesaikan walaupun berkali-kali permohonan dilakukan kepada pihak berwajib.

“Disebabkan ketiadaan saliran perparitan yang sempurna, kampung kami kerap dilanda banjir setiap kali hujan lebat, justeru ia adalah satu keperluan yang amat penting kepada kami,” katanya ketika ditemui Getaran, semalam.

Jentolak sedang membersih dan membesarkan longkang utama Kg Orang Asli Air Dusun Tebong. - Gambar oleh Mustaffa Kamal
Jentolak sedang membersih dan membesarkan longkang utama Kg Orang Asli Air Dusun Tebong. - Gambar oleh Mustaffa Kamal

Ahmad berkata, ketika kampungnya didatangi calon ADUN yang mahu berkempen, beliau terpaksa menggertak untuk tidak mahu keluar mengundi bagi membolehkan masalah itu diselesaikan secepat mungkin.

“Saya bagi tahu mereka, kalau masalah longkang ini tidak diselesaikan, kami tak mahu keluar mengundi. Sampai terpaksa gertak begitu barulah masalah ini selesai.

“Longkang ini banyak kepentingannya, jika tiada air mengalir pelbagai masalah akan berlaku termasuklah demam denggi, banjir dan sebagainya,” katanya.

Ketika Getaran tiba di perkampungan Orang Asli itu, kerja-kerja pembersihan dan penambahan saliran longkang sedang giat dijalankan oleh kontraktor yang ditugaskan oleh sebuah parti politik.

Selain masalah sistem perparitan yang tidak sempurna, enam keluarga Orang Asli di kampung berkenaan juga masih lagi tidak mempunyai rumah sendiri hingga terpaksa bersesak di kediaman kecil ahli keluarga yang lain.

Rumah-rumah kayu yang dibina oleh segelintir penduduk Kg Orang Asli Air Dusun Tebong yang masih tidak mempunyai rumah batu. - Gambar oleh Mustaffa Kamal
Rumah-rumah kayu yang dibina oleh segelintir penduduk Kg Orang Asli Air Dusun Tebong yang masih tidak mempunyai rumah batu. - Gambar oleh Mustaffa Kamal

Jamil Baloi, 28, bapa kepada dua cahaya mata berusia tujuh dan lima tahun terpaksa menjalani kehidupan amat daif disebabkan tiada rumah sendiri walaupun sudah memohon sejak beberapa tahun lalu.

Jamil Baloi
Jamil Baloi

“Tengoklah rumah ini, mohon dekat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sudah berapa tahun tak dapat-dapat, dia cakap bajet tak ada, bajet kurang macam itulah alasan mereka,” katanya.

Disebabkan keluarganya semakin membesar, dia terpaksa membina pondok kayu seluas sekangkang kera yang amat daif, untuk dijadikan tempat berteduh mereka sekeluarga daripada berpanas dan berhujan.

Rumah kayu yang Jamil bina sendiri menggunakan hasil hutan. - Gambar oleh Mustaffar Kamal
Rumah kayu yang Jamil bina sendiri menggunakan hasil hutan. - Gambar oleh Mustaffar Kamal

“JAKOA tolonglah, saya ini orang miskin, daripada dulu mohon rumah tapi tak dapat,” rayunya. - Getaran, 16 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 2 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 2 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kemarau: Beting Pasir Seluas Padang Bola Timbul Di Sungai Kelantan

Politik 1 hari yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

Semasa 18 jam yang lalu

Kanak-kanak Perempuan Cedera Terjatuh Dari Tingkat 2 Pangsapuri

Semasa 1 hari yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM