web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Skim Wakalah Zakat Bantu Kurangkan Beban Pelajar Asnaf

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 5:22PM

Halidan (kiri) bersama sebahagian guru besar dan pengetua pada majlis pelancaran Skim Wakalah Zakat di Auditorium KUIPSAS, dekat Kuantan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Semua sekolah di Pahang tidak lagi perlu bergantung kepada dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi menyalurkan bantuan kepada murid atau pelajar asnaf yang memerlukan. 

Jika sebelum ini, kebanyakan sekolah mengharapkan sumbangan ibu bapa atau penjaga, Skim Wakalah Zakat diperkenalkan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, beban bagi mengumpul wang untuk dana PIBG akan dipermudahkan dan disalurkan melalui skim berkenaan kepada sekolah terbabit. 

Pengurus Besar (Kanan) Zakat dan Wakaf negeri, Datuk Halidan Md Daud berkata, setiap sekolah yang menyertai skim itu layak menerima pulangan sebanyak 30 peratus daripada jumlah caruman atau pembayaran zakat tahunan mereka. 

“Ini bermakna, jika kakitangan sekolah berkenaan mencarum atau membayar zakat (melalui PKZ Pahang) RM50,000 setahun, maka 30 peratus daripada jumlah itu kita salurkan semula kepada tabung PIBG sekolah terbabit untuk mereka agihkan kepada pelajar asnaf atau pelaksanaan program kerohanian di sekolah masing-masing. 

“Jumlah ini boleh membantu bukan sahaja pihak sekolah, tetapi turut memudahkan perancangan dibuat dalam menyalurkan bantuan kewangan atau pembayaran yuran atau pembelian peralatan sekolah kepada pelajar yang layak,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pelancaran Skim Wakalah Zakat Bersama Majlis Guru Besar dan Majlis Pengetua Sekolah Daerah Pahang di Auditorium Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) di sini, hari ini. 

Datuk Halidan Md Daud
Datuk Halidan Md Daud

Skim itu yang bermula tahun lalu dijangka dapat menyalurkan dana kepada sekolah terbabit mulai tahun depan. 

Berdasarkan data semasa, terdapat kira-kira 200 sekolah menengah dan lebih 500 sekolah rendah di seluruh Pahang. 

Halidan berkata, lebih 90 peratus kakitangan sekolah di negeri ini sudah membayar zakat melalui PKZ Pahang dan skim diperkenalkan itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua pembayar yang terus menyokong usaha dilakukan PKZ negeri. 

“Kita hanya kembalikan semula zakat dibayar oleh mereka dan PKZ Pahang memberikan kebebasan kepada pihak sekolah mengenai kaedah pengagihan bantuan kerana mereka lebih mengenali pelajar atau murid yang layak menerima bantuan,” katanya. 

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Pengetua Daerah Kuantan, Azhar Daud berkata, skim diperkenalkan PKZ Pahang itu sangat tepat pada masanya memandangkan ramai keluarga berdepan kesukaran untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat pandemik COVID-19. 

“Memang masalah COVID-19 ini banyak mengubah struktur sosial dan memberi kesan kepada institusi kekeluargaan. Sejak tahun lalu, ada pelajar yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 dan kita (pihak sekolah) cuba membantu setakat termampu. 

“Macam di sekolah saya, ada lima enam pelajar yang berdepan kesulitan apabila ibu bapa mereka meninggal dunia kerana COVID-19, jadi melalui Skim Wakalah Zakat ini, kita boleh gunakan wang disalurkan semula oleh PPZ Pahang untuk membantu pelajar terbabit,” katanya. 

Perkara itu turut disokong Timbalan Yang Dipertua Majlis Guru Besar Pahang, Jantan Yasin dan berharap lebih ramai kakitangan sekolah membayar zakat melalui PKZ negeri supaya usaha untuk membantu pelajar memerlukan dapat dilakukan dengan lebih berkesan. - Getaran, 15 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad